Jangan lupakan tanggungjawab sebagai wakil rakyat, ahli parlimen Bukit Bendera tegur Syed Saddiq

Advertisements
Advertisements

Ahli Parlimen Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid tegur Syed Saddiq untuk tidak melupakan tanggungjawabnya utamanya sebagai wakil rakyat. Syerleena berkata demikian kerana bimbang nama Ahli Parlimen Muar itu kini kerap menjadi perhatian gosip hiburan berhubung keakrabannya bersama aktres Bella Astillah. Ujarnya lagi, dia yang sudah menganggap Syed Saddiq sebagai adik sepatutnya berkhidmat untuk rakyat dan menunjukkan contoh teladan terbaik kepada golongan belia.

“Akak nak nasihatkan adik Syed Saddiq supaya kembalilah fokus kepada tugasan sebagai wakil rakyat. Tapi kalau rasa adik tak mampu galas lagi tanggungjawab sebagai wakil rakyat, maka serahlah tugasan kepada individu lain. Akak nak faham adik nak tunjukkan yang adik ni menjiwai anak muda, contohnya suka bersukan, suka melancong, nak melepak dengan artis, tiada masalah. Tetapi bukanlah keterlaluan, sampai keluar dalam berita gosip. Kita kena tunjuk teladan yang baik kepada anak muda menerusi media sosial,” katanya dalam sebuah hantaran di TikTok. Klik sini untuk lihat video.

Dalam pada itu, Syerlena turut menegaskan Syed Saddiq boleh melepaskan jawatan sebagai wakil rakyat sekiranya tidak mampu untuk menjalankan tanggungjawabnya. “Akak kena bertegas dalam bab ni bahawa kita ni dibayar gaji yang tinggi untuk berikan yang terbaik untuk bantu rakyat kawasan, bukan ambil kesempatan guna jawatan mendekati golong-golongan tertentu.

Apa cerita kat Parlimen Muar? Tak akan tak ada isu? Ulas lah dalam TikTok tu adik. Sekali lagi akak beritahu..lepaskan jawatan sebagai ahli parlimen kepada rakyat kalau rasa tak mampu nak galas tanggungjawab tersebut. Kita biar rakyat pilih yang baru,” ujarnya lagi. Terdahulu, Bella dan Saddiq menjadi tumpuan ramai apabila mereka kerap muncul bersama dalam sehingga tular di platform media sosial termasuk menawan puncak Gunung Kinabalu di Sabah baru-baru ini.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version