Ramai yang patah hati bila Syafiq Kyle dah kahwin, sekali ini pula respon dari Mimi Lana

Advertisements
Advertisements

Pelakon terkenal, Mimi Lina menitipkan nasihat buat peminat suaminya, Syafiq Kyle untuk tidak kecewa atas perkahwinan mereka yang telah berlangsung, baru-baru ini. Ujar Mimi atau nama lengkapnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 30, dia berkata warganet masih mempunyai peluang untuk mendapatkan adik iparnya iaitu Syazwan Razak.

“Kalian jangan patah hati, ada lagi seorang seperti Syafiq Kyle iaitu Syazwan Razak.Syafiq sudah saya punya,” katanya dalam siaran langsung TikTok semalam. Pelakon drama Perempuan Itu berkata demikian selepas ramai peminat wanita membanjiri ruangan komen dengan memberi emoji berbentuk patah hati. Difahamkan juga, pasangan merpati dua sejoli itu meminta pandangan daripada orang ramai lokasi yang boleh dikunjungi dan aktiviti yang boleh dilakukan selepas berkahwin.

Sementara itu, Mimi memberitahu salah satu sebab dia dan Syafiq mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga adalah mahu berpuasa bersama sebagai suami isteri pada tahun ini. “Sebenarnya saya dan Syafiq ambil keputusan nak kahwin ini pun sebab mahu puasa bersama,” ujarnya. Sekadar info, Mimi dan Syafiq selamat disatukan sebagai suami isteri dengan sekali lafaz pada Jumaat dalam sebuah majlis tertutup di Taiping, Perak, yang hanya dihadiri keluarga dan rakan rapat.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version