Bukan biasa biasa, individu ni dedah Talita dibayar RM5k untuk sejam sebagai live host di Tiktok

Advertisements
Advertisements

Anak kepada pelawak dan usahawan Shuib iaitu Talita sekali menjadi perhatian apabila dia diupah sebanyak RM5,000 untuk sesi siaran langsung (live) di TikTok. Menerusi perkongsian di Instagram Story, seorang usahawan iaitu Yana memuat naik paparan layar perbualannya bersama isteri Shuib, Watie Hanifiah, yang membincangkan mengenai kerjasama Talita sebagai ‘live host’ di TikTok.

Dalam hantaran tersebut, Yana turut berkongsi resit pembayaran bernilai RM5,000 yang dihantar kepada Watie. Menerusi kapsyen yang ditulis, Yana menjelaskan bahawa jumlah tersebut merupakan bayaran kepada Talita bagi sesi siaran langsung selama satu jam. “Selesai bayaran untuk Talita Shuib selama 1 jam.” Tidak dinafikan, populariti Talita dalam dunia media sosial semakin meningkat dan mendapat tempat di hati peminat.

Malah keberaniannya dan kepetahannya berbicara ketika sesi siaran langsung di TikTok sebelum ini turut menerima pujian ramai. Kehadiran figura popular ini juga sedikit sebanyak membantu melonjakkan jenama dan menarik perhatian pengguna di platform media sosial.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version