Pelakon Azhar berpendapat tiga penyampai radio iaitu Nabil Ahmad, Azad Jazmin dan Radin hanyalah konten pihak penyiar dan tidak seharusnya dikenakan hukuman atas tindakan yang menjadi bualan panas ketika ini. Menurut aktor berusia 53 tahun, beliau yakin trio penyampai segmen 3 Pagi Era itu bukanlah individu yang rasis, malah mereka juga tidak mempunyai masalah untuk bekerja dengan sesiapa sahaja tanpa mengira kaum atau latar belakang.
Tambahnya, mereka juga sentiasa menghormati serta menjunjung Al-Quran dan undang-undang negara yang telah ditetapkan. “Namun, sebagai manusia, mereka juga tidak terlepas daripada melakukan kesilapan dan kekhilafan. Sebagai artis, termasuk diri saya sendiri, apabila berada di hadapan kamera, kadang-kadang kami boleh menjadi terlalu sopan, di luar kawalan dan sedikit ‘gila’ dalam percakapan atau perbuatan,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook, hari ini.
Dalam hantaran yang sama, Azhar menyatakan rasa kurang setuju apabila ketiga-tiga mereka dihujani dengan beban sebuah video dimuat naik di platform media sosial stesen radio berkenaan. Katanya, trio penyampai berkenaan hanyalah konten yang dipaparkan oleh pihak penyiar atau mereka yang bertanggungjawab memuat naik kandungan di media sosial. Luahnya, jika ada yang perlu dipertanggungjawabkan, seharusnya ia melibatkan semua pihak yang terlibat dalam proses penyiaran, bukan hanya individu di hadapan kamera semata-mata.
“Sudah menjadi standard praktis untuk pihak penyiar, editor, pengarah memastikan tapisan apa yang boleh dan tak boleh dimuat naik ke massa,” katanya lagi. Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut berpendapat video berkenaan tidak sewajarnya dimuat naik dan dikongsikan di media sosial sekiranya ia benar-benar ‘lawak sesama rakan sekerja’.
Sebelum ini, tular di media sosial berkenaan tiga penyampai radio stesen swasta yang digantung tugas apabila didakwa mempersendakan agama dalam satu rakaman video yang dimuat naik di media sosial. Walaupun mereka sudah membuat permohonan maaf secara terbuka, namun puluhan laporan polis telah dibuat sehingga mereka dan beberapa lagi pihak dipanggil ke Bukit Aman untuk memberi keterangan.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.