Pergolakan rumah tangga pasangan pelakon, Farid Kamil, dan Diana Danielle berakhir apabila pasangan selebriti itu sah berpisah buat kali kedua di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, hari ini. Lafaz cerai itu dibuat Farid di hadapan Hakim Syarie, Abdul Fattah Kamarudin dan perkara itu disahkan peguam yang mewakili Diana Danielle, Datuk Akberdin Abdul Kader selepas selesai prosiding selesai. Klik sini untuk lihat video.
“Sebentar tadi, kedua-dua belah pihak telah pun selesaikan dengan cara baik di mana Farid telah melepaskan Diana dengan talak satu buat kali kedua. Alhamdulillah, kita telah selesaikan dengan cara baik. Untuk laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) pula tidak dibentangkan di hadapan Hakim kerana keputusan telah dibuat Farid untuk melepaskan Diana dengan cara baik.”
Sementara itu, Diana memaklumkan dia bersyukur kerana prosiding hari ini berjalan dengan lancar. Ujar pemilik nama Diana Danielle Danny Beeson itu, dia dan Farid akan memberikan fokus untuk membesarkan anak-anak serta menjalinkan persahabatan yang lebih baik. “Ketika ini, masing-masing boleh teruskan fokus kepada anak-anak serta kepada jalinan persahabatan yang lebih baik selepas ini.
Tiada apa lagi untuk diperkatakan sebab segalanya dah selesai. Terima kasih kepada Farid kerana memberikan (apa yang diinginkan).” Dalam masa sama, Farid atau nama lengkapnya Farid Kamil Zahari turut meluahkan rasa syukur dan menyatakan pendapat yang sama. “Alhamdulillah di bulan Ramadan yang penuh berkat ini, semuanya selesai dengan cara baik. Saya juga ucapkan terima kasih kepada Diana kerana memahami situasi dan kami boleh berikan fokus kepada anak-anak.
Apa yang terbaik ialah apa yang berlaku pada hari ini.” Sekadar info, kontroversi dan kemelut rumah tangga mereka bermula selepas Diana mengumumkan nekad mahu berpisah dan memfailkan perpisahan terhadap Farid buat kali kedua pada 28 Oktober tahun lalu. Imbas kembali, Farid dan Diana berpisah talak satu buat kali pertama menerusi Google Meet pada 10 Ogos 2023 namun, kembali rujuk semula selepas 21 hari.
Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad, 12, dan Nur Aurora yang kini berusia 10 tahun. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.