Usahawan dan pempengaruh media sosial, Jofliam sekali lagi mencuri perhatian ramai berikutan seolah-olah memberi bayangan bakal menamatkan zaman dudanya tidak lama lagi. Menerusi hantaran di Instagram Story (IGs), Jofliam atau pemilik nama Jofli Abu Bakar itu memuat naik foto seorang wanita sedang memakai busana pengantin dipercayai di sebuah butik.
Pada hantaran yang lain, seorang pekerja di butik tersebut dilihat sedang mengukur badan usahawan pizza wagyu itu. “Fitting baju. Janji kurus sebelum raya.” Paling menarik perhatian, Jofliam menggunakan lagu berjudul Sampai Tua Nanti yang dipopularkan oleh penyanyi Indonesia, Andmesh sebagai latar muzik untuk kedua-dua hantaran tersebut.
Terdahulu, persengketaan antara Jofliam dan bekas isterinya Cik Epal tidak berkesudahan dengan mendedahkan pelbagai dakwaan antara satu sama lain. Dewi yang merupakan pekerja Jofliam turut terpalit dan didakwa menjadi punca keretakan rumah tangga pasangan itu. Jofliam kemudian mengaku menjalinkan hubungan cinta dengan Dewi dan memaklumkan akan mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.
Untuk rekod, Jofliam dan Cik Epal mendirikan rumah tangga pada 1 Jun 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Han dan Yuki. Namun mereka berpisah pada tahun lalu selepas 10 tahun hidup bersama. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.