Usahawan dan selebriti terkenal, Noor Neelofa berkongsi dengan warganet rutin hariannya sepanjang Ramadan kali ini. Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Neelofa yang sedang mempromosikan jenama pakaiannya memberitahu, dia akan memulakan harinya dengan bangun seawal jam 4.30 pagi. Pemilik nama Noor Neelofa Mohd Nor itu juga memilih untuk bersahur secara sederhana bersama suami. Klik sini untuk lihat video.
“Sahur saya bangun 4.30 pagi, ambil air sembahyang dan solat dahulu. Kemudian bersahur dengan kurma dan air sebanyak 500ml. Saya makan madu juga. 10 minit sebelum azan saya akan kejut Haris dan suapkan dia kurma. Selepas itu saya bersiap untuk solat dan dia pula akan bersiap pergi ke masjid. Dalam pada itu, Neelofa turut menghabiskan masa selama empat jam sehari untuk membaca Al-Quran.
“Setelah itu saya akan membaca Al-Quran dan saya akan baca selama empat jam sehari. Pada pukul 11 pagi atau 12 tengah hari pula saya juga akan tidur sekejap. Selepas bangun, saya akan ke dapur untuk siapkan makanan anak-anak. Selesai solat zohor, saya akan baca Al-Quran lagi.” Meskipun menjalani ibadah puasa, namun selebriti berusia 36 tahun itu masih menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu dengan menyediakan juadah berbuka serta melakukan aktiviti bersama anak-anak.
“Menjelang petang pula, saya akan ke dapur. Buat air jus, goreng karipap dan memotong bahan-bahan masakan. Tetapi setakat ini baru sekali saya masak sebab mama akan hantar makanan hari-hari. Saya juga akan selang-seli rutin itu dengan aktiviti bersama anak-anak. Malah Bilal pun akan suruh saya membaca Al-Quran.”
Setelah selesai berbuka, isteri kepada pendakwah bebas Pu Riz itu akan meneruskan ibadahnya dengan solat tarawih. “Selepas berbuka, bila Haris ada di rumah kami akan ke masjid untuk tarawih. Kalau dia tak ada, saya akan tarawih sendiri di rumah. Di rumah ada Al-Quran yang besar, jadi sambil solat saya akan baca Al-Quran itu.” Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet kagum dengan Neelofa yang banyak menghabiskan waktunya di bulan yang mulia ini dengan membaca Al-Quran.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.