GARA-GARA memakai baju tidak sedondon dan dilihat seperti tidak bersiap sewaktu rakaman program raya, anak kepada pelawak Achey iaitu Nur Tiara Zinnirah turut menerima kritikan warganet. Kata Achey atau Mohd Nasir Hamzah, 37, dia kecewa dengan sikap segelintir warganet yang tergamak memberikan kritikan kepada anaknya itu sehingga video program berkenaan terpaksa diturunkan.
“Tiara baru-baru kena kecam di Facebook sangat teruk sampai terpaksa diturun video yang dibuat oleh stesen televisyen untuk program raya kerana menyatakan saya dan isteri bersiap tapi anak tidak terurus serta selekeh. Mungkin anda tidak duduk dengan kami, Tiara ni nak menikmati zaman kanak-kanak dan saya pernah tempah baju kurung bernilai RM300 tapi dia tak pakai sebab tidak selesa.
Tiara lebih selesa pakai baju dan pakai baju saya size m, kecewa sebab bukan saya tak nak ikut macam netizen cakap cantikkan anak untuk pergi ke majlis tapi kalau Tiara boleh pakai baju kurung itu macam bonus sebenarnya,” kata Achey. Sumber; Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.