Usahawan dan pempengaruh, Cik Epal sekali mencuri tumpuan menerusi hantaran terbaharu yang dimuat naiknya di TikTok. Menerusi hantaran yang dibuat, pemilik nama Murni Mahmud berkongsi momen membawa dua anaknya iaitu Han dan Yuki ke sebuah kedai gunting rambut yang dipercayai milik bekas suami kepada Emira Delyati Dewi iaitu Imran Hakimi. Dapat dilihat, Han dan Yuki begitu teruja ketika melangkah masuk ke dalam premis berkenaan. Klik sini untuk lihat video.
Cik Epal turut menunjukkan gaya potongan rambut yang dikehendaki Han kepada Imran. “Han potong rambut dengan Uncle Imran hari ini. Agak-agak meledak tak rambut baru Han?” Hantaran tersebut kemudiannya meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya terhibur dengan perkongsian Cik Epal. Meskipun ada yang terhibur, namun ada juga warganet yang mempersoal tindakan Cik Epal membawa Han untuk menggunting rambut di kedai milik bekas suami Dewi.
Untuk rekod, Jofliam dan Cik Epal berkahwin pada 1 Jun 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Han dan Yuki namun perkahwinan yang dibina selama 10 tahun itu musnah selepas mereka sah berpisah tahun lalu. Jofliam kemudiannya mendirikan rumah tangga bersama Dewi pada 5 April lalu. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.