Akui isteri dia Datin Seri bukan Makcik, Dato Aliff Syukri berhabis duit sampai RM1.5juta untuk beli barang kemas isteri

Advertisements
Advertisements

Personaliti terkenal, Datin Seri Shahida meluahkan rasa syukur dengan hadiah barang kemas yang dihadiahkan oleh suaminya, Datuk Seri Aliff Syukri. Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram (IG), Shahida dan Aliff dilihat berada di sebuah kedai barangan emas. Apa yang meraih perhatian apabila jumlah barang kemas yang dibeli bernilai RM1.5 juta. “Syukur hari ini, tidak tahu apa mimpi Aliff Syukri nak belikan barang kemas.” Klik sini untuk lihat video.

Dalam pada itu, Aliff sempat menyeloroh mengatakan isterinya berstatus ‘Datin Seri’ dan bukan seorang ‘Mak Cik’. “Isteri saya Datin Seri, bukan Mak Cik. Ini semua aset kita, ambil saja.” Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap Aliff sebagai seorang suami yang mempertahankan isterinya di saat menerima hinaan daripada orang luar. Selain itu, warganet turut berharap agar sisi Aliff Syukri ini dapat dijadikan contoh buat para suami.

Sumber: Ohbulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version