Kena minta maaf dengan ikhlas, Ellie Suriaty akui isu dengan Imran Bard masih belum selesai

Advertisements
Advertisements

‘Duit dia tak ada nilai pada saya. Yang paling bernilai adalah keikhlasan hati’. Demikian luahan dramatis, Ellie Suriaty mengenai isu kontroversi melibatkan dirinya dan pempengaruh, Imran Bard. Menerusi temu bual bersama program Melodi, Ellie mengaku, dia adalah individu yang tersakiti dalam isu ini terutamanya apabila Imran masih tidak membuat permohonan maaf secara bersemuka. Menurutnya, seseorang yang sudah menzalimi orang lain haruslah berani tampil dan memohon maaf dengan ikhlas.

“Saya yang tersakiti. Itu saya kata, siapa yang ajar kita untuk minta maaf melalui telefon boleh selesai. Sebab seseorang yang sudah menzalimi orang lain, dia kena minta maaf dengan kita ikhlas. Termasuk, tolonglah turun posting yang mengaib dan merosakkan nama baik saya. Macam saya kata, saya tak nak duit dia. Duit dia tak ada nilai pada saya. Yang paling bernilai adalah keikhlasan hati,” katanya.

Mengulas lanjut, pelakon filem Telaga Suriram ini juga menegaskan, pintu kemaafan masih terbuka buat pempengaruh itu. “Apabila kita bersalah, berdosa, menzalimi seseorang kenalah minta pada hamba Allah itu dengan ikhlas dan tulus mengatakan minta maaf. Itu nilai kemaafan pada saya. Bila kita mati tak adalah kena merangkak dekat padang masyar. Selagi saya bernyawa datanglah minta maaf. Tetapi ada tempoh hadnya. Akan ada satu masa pintu kemaafan ditutuplah.

Sebab bagi saya duit dia memang tak ada nilai. Saya tak nak duit dia. Money is not everything but, money is so everything bila kita ikhlas dalam pekerjaan kita dan dalam persahabatan dan perhubungan dan persaudaraan,” jelasnya. Terdahulu, Ellie Suriaty meluahkan rasa terkilan selepas namanya disebut dalam satu video parodi oleh Imran Bard, yang didakwa mengaitkannya dengan istilah ‘kacip’ dan penggunaan bahan terlarang.

Berang dengan tuduhan tersebut, Ellie menegaskan, dia hanya akan menerima permohonan maaf daripada ibu bapa Imran sendiri. Bagaimanapun, Imran akhirnya membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Ellie melalui satu kenyataan yang dimuat naik di Instagram. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version