Kecoh di platform media sosial selepas pempengaruh Cik Epal mengejutkan ramai apabila mendakwa telah dicederakan oleh isteri kepada bekas suaminya, Dewi. Difahamkan, Cik Epal datang ke rumah Jofliam untuk menuntut barang-barang peribadi miliknya yang masih berada dalam kediaman berkenaan. Bagaimanapun, berlaku kekecohan sehingga Cik Epal telah dicakar oleh Dewi ketika dia hendak memasuki rumah tersebut bagi proses pemindahan keluar barang, seperti yang didakwa.
Pada perkongsian sama, Cik Epal turut memuat naik video pendek memperlihatkan dirinya bercakap dengan nada tegas ingin mengambil barangan miliknya namun Dewi dengan pantas menutup pintu. “Penat tengok drama ni”. Insiden ini telah mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warganet, rata-ratanya bersimpati dengan nasib yang menimpa Cik Epal sehinggakan ramai yang meminta penyanyi rap dan aktivis Caprice untuk mengulas isu tersebut. Klik sini untuk lihat video.
Caprice dalam satu hantaran yang dimuat naik di Instagramnya berkata, pada awalnya dia menyangkakan mesej yang diterimanya berkaitan kes jenayah, tetapi rupanya isu berkaitan dua pempengaruh terbabit. Katanya lagi, kemelut yang berlaku antara kedua-dua pempengaruh itu sepatutnya tidak perlu dimuat naik dalam media sosial. Dalam pada itu, Caprice juga menasihati Jofliam supaya pulangkan sahaja barangan yang dituntut bekas isterinya tanpa sebarang konflik.
“Ini nasihat dari saya, bro Jo (Jofliam), sebagai lelaki… bagi sahajalah bro.. bagi je apa (barang) yang dituntut. Kita sebagai lelaki, kita boleh je mulakan hidup baru dengan isteri baru… beli je barang baru,” ujarnya. Justeru, Caprice berharap peguam daripada kedua-dua pihak berkenaan tampil membantu menyelesaikan isu mereka. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.