Usahawan dan pempengaruh terkenal, Madammu tampil menjelaskan keadaannya anaknya, Ahmad Kayden yang normal dan tidak sama sekali seperti yang diperkatakan. Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, pemilik nama Eriyca Baiduri Abd Rashid menegaskan bahawa anaknya sudah melakukan pemeriksaan dengan doktor bertauliah. Menurut Madammu, Kayden sihat dan normal seperti kanak-kanak lain yang sebaya. Klik sini untuk lihat video.
“Kayden baru setahun lebih, tak kan dia nak cakap macam budak umur lima tahun. Dia ada jadual sendiri. Kayden tak join saya buat live 24 jam. Dia masih dalam perkembangan tak laju dan tak slow. Setiap dua bulan, saya bawak Kayden jumpa doktor untuk cucuk dan sebagainya. Alhamdulillah, segalanya on track. Eye contact ada, kenal warna dan huruf, pandai tunjuk perasaan, dan pandai makan serta tidur sendiri.”
Dalam pada itu, Madammu menitipkan pesanan agar tidak cepat membuat andaian terhadap anak seseorang. Tegas pengasas produk kecantikan Noir Health & Beauty itu, perkara seperti ini adalah sensitif dan memberi kesan kepada seorang ibu. “Jangan mudah judge anak orang sebab perkara ini sangat sensitif untuk seorang ibu. Jika betul Kayden ada simptom yang macam diperkatakan, saya lah orang pertama yang akan bawak dia jumpa doktor. Ibu mana yang tak nak yang terbaik untuk anak dia.”
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.