Dah cuba bertahan tapi gagal, Aprena Manrose sahkan dah berpisah dengan suami

Advertisements
Advertisements

Pelakon Aprena Manrose mengesahkan dia telah bercerai dengan suaminya, Mohd Afiq Hazman, sekali gus menamatkan teka-teki berhubung status rumah tangga mereka. Aprena atau nama sebenarnya, Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, 32, memaklumkan perkara itu menerusi satu hantaran di Instagram miliknya, hari ini. “Sedih pula bila scroll gambar bersama tetapi hakikatnya kita tidak lagi bersama. Saya bukan lagi isteri kepada Mohd Afiq,” tulisnya.

Pelakon Aprena Manrose mengesahkan dia telah berpisah dengan suaminya, Mohd Afiq Hazman, sekali gus menamatkan teka-teki berhubung status rumah tangga mereka. Aprena atau nama sebenarnya, Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, 32, memaklumkan perkara itu menerusi satu hantaran di Instagram miliknya, hari ini. “Sedih pula bila scroll gambar bersama tetapi hakikatnya kita tidak lagi bersama. Saya bukan lagi isteri kepada Mohd Afiq,” tulisnya.

Menurut Aprena, meskipun tidak berkongsi secara terperinci mengenai tarikh atau punca perpisahan, dia reda dengan ketentuan takdir. “Kalau ada jodoh tak ke mana. Goodbye for now or maybe forever. Saya cuba, bertahan, usaha tapi saya gagal,” katanya. Dalam pada itu, pelakon Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin itu turut memohon agar orang ramai mendoakannya kuat menempuh fasa baharu kehidupan selepas berpisah.

“Tiada lagi kita. Terima kasih atas rasa yang diberi. Rasa yang luar biasa. Semoga berbahagia. Saya undur diri dulu. Ramai kawan media tanya tentang status saya, ini adalah kenyataan rasmi daripada saya. Doakan saya mengharungi fasa yang baharu ini dengan tenang,” katanya. Sekadar info, Aprena dan Mohd Afiq mendirikan rumah tangga pada tahun 2016. Pasangan itu bagaimanapun belum dikurniakan cahaya mata sepanjang tempoh perkahwinan mereka.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version