Sifatkan Azlan Komeng suami yang baik, rumahtangga dilihat semakin baik tanpa gangguan orang ketiga

Advertisements
Advertisements

Rumah tangga pelakon Azlan Komeng dan isterinya iaitu Nur Nilam Ortiz kini dilihat semakin baik tanpa gangguan orang ketiga. Malah, Nilam menerusi TikTok miliknya juga memuat naik beberapa video kemesraan dia dengan suaminya yang menarik perhatian warganet. Meluahkan rasa syukur mempunyai seorang suami yang baik, Nilam berkata dia hanya memandang kebaikan Azlan selama mereka berkahwin.

“Alhamdulillah, dia seorang suami yang sangat baik. Dari hanya satu kesilapan dia, dia masih mempunyai seribu kebaikan yang harus akak raikan. Doakan ya, InsyaAllah,” kata Nilam. Sebelum ini, Nilam turut mendedahkan suaminya suaminya itu akan berkahwin satu lagi malah dia juga sudah bertemu dengan bakal madunya. Malah, Nilam juga dilaporkan sudah memfailkan fasakh namun Azlan memilih untuk tidak melepaskan isterinya itu.

Isu rumah tangga mereka menjadi perhatian lagi selepas seorang wanita berpurdah yang dipercayai bakal madunya memuat naik foto bersama Azlan. Warganet mula membuat spekulasi mendakwa wanita itu sebenarnya Nilam namun usahawan itu tampil menafikan dakwaan tersebut. Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version