Personaliti media sosial asal Singapura, Sarah Yasmine, menafikan dakwaan berhubung dirinya menjadi punca perpisahan membabitkan pasangan pelakon, Niezam Zaidi dan Fify Azmi. Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di Threads, Sarah menjelaskan hubungan antara dirinya dan Niezam tidak pernah lebih daripada sekadar kawan, malah mereka hanya berkawan rapat sejak berkenalan tahun lalu.
“Kita kawan rapat. Tahun lepas tu saya dan Niezam kenal masa dia berlakon cerita Dia Bukan Syurga. Kalau pun kami pernah mengenali antara satu sama lain tapi, kita ni tak ada persefahaman. Jadi kami decide untuk berkawan sampai sekarang, dah setahun,” katanya. Dalam pada itu, Sarah mendakwa hubungan Niezam dan Fify sudah pun berdepan masalah sebelum dia mengenali pelakon berkenaan.
Menurutnya, dia juga menyedari Niezam masih menyimpan perasaan terhadap Fify ketika itu, sekali gus memilih untuk tidak meneruskan sebarang hubungan istimewa bersema aktor berkenaan. “Masa saya dengan Niezam dulu, waktu tu dia memang dah bukan dengan Fify. Banyak perkara yang berlaku ketika itu, dan salah satu sebab saya tak nak teruskan apa-apa adalah kerana saya tahu Niezam masih sayangkan Fify.
Jadi saya tak nak terlibat dalam sebarang masalah atau drama. Saya memang pernah cakap perkara itu secara terus kepada dia. Sebab itu saya cuba jadi kawan yang beri semangat dan galakkan dia untuk cuba perbaiki hubungan dengan Fify. Mana tahu kali ini semuanya boleh jadi lebih baik,” ujarnya.
Mengulas dakwaan berhubung kehadirannya ke rumah Niezam, Sarah menjelaskan kunjungan itu dibuat bersama beberapa rakan lain untuk membantu mengemas kediaman pelakon tersebut. “Eh bodoh, kita semua datang rumah dia untuk kemas rumah dia sahaja ramai-ramai, cuma dia memang respect aku sangat-sangat yang dia tak boleh tengok benda kotor dekat dengan aku bangang, dengar video tu balik betul-betul,” katanya.
Di penghujung video tersebut, Sarah turut berkongsi tangkap layar perbualannya bersama Fify, di mana aktres itu dilihat mengadu tentang masalahnya dengan Niezam. Semalam, kecoh dalam Threads apabila Fify berkongsi tangkap layar mesej perbualan dikatakan melibatkan pempengaruh itu dan bekas kekasihnya, Niezam Zaidi.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
