ISTERI kepada pelakon Redza Rosli iaitu Bella Hanna tampil menjelaskan salah faham yang timbul susulan foto dimuat naik memaparkan dirinya berada di Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat, Selangor pada Khamis. Bella atau Farhana Nabila Rosman, 30, berkata, orang ramai tidak seharusnya terburu-buru membuat andaian hanya berdasarkan satu gambar yang dikongsikan di media sosial.
“Manusia mudah berburuk sangka dan membuat andaian. Kadang-kadang, memilih untuk berfikir yang baik jauh lebih menenangkan. Tak semua perkara perlu difahami dengan sangkaan,” katanya menerusi hantaran di Threads. Dalam pada itu, Bella turut membalas komen seorang netizen yang mendakwa perkongsiannya sengaja mengundang persepsi negatif dalam kalangan orang ramai.
Menurut Bella, dia tiada niat untuk mencetuskan sebarang spekulasi sekali gus menegaskan rumah tangga dalam keadaan baik. “Tidak ada apa yang mengundang pun, saya hanya ‘post’ gambar di pejabat agama saja. Cuba ubah pemikiran supaya fikir yang baik-baik dahulu. Baca dan luaskan lagi pengetahuan. Bukan semua orang pergi pejabat agama untuk berpisah,” ujarnya. Bella mendirikan rumah tangga dengan Redza pada 2024 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Aydrean Raess, pada 13 Januari lalu.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
