Beri nasihat tentang perkahwinan, YB Syed Saddiq luah rasa sebak bila kenangkan momen terakhir bersama Tun Hasmah

Advertisements
Advertisements

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq meluahkan rasa pilu selepas mendapat perkhabaran pemergian Isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu Tun Dr Hasmah Mohd Ali yang dilaporkan meninggal dunia hari ini. Menerusi hantaran di Threads, Syed Saddiq memuat naik beberapa foto dirinya bersama tunang, Bella Astillah, ketika mereka bertemu Allahyarhamah Tun Hasmah di kediamannya sebelum ini.

Menurutnya, pertemuan bersama Allahyarhamah meninggalkan kenangan yang amat bermakna buat dirinya. “Kalaulah saya tahu itu pertemuan terakhir kita, saya harap dua jam itu boleh berlangsung selama-lamanya. Tun ketawa bersama kami, bergurau dengan kami, berkongsi cerita, memberi nasihat tentang perkahwinan, keluarga dan kehidupan.”

Dalam masa sama, Syed Saddiq turut menyifatkan figura disegani itu sebagai seorang insan istimewa dan penuh kasih sayang. “Dia seorang yang baik hati, kelakar, penyayang dan penuh dengan kebijaksanaan yang hanya lahir daripada pengalaman hidup yang sarat dengan kasih sayang, pengorbanan dan pengalaman. Dan hari ini Tun sudah tiada. Saya benar-benar masih tak mampu menghadamnya.” Terdahulu, media melaporkan Allahyarhamah Tun Hasmah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN). Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir pagi tadi pada usia 100 tahun dan meninggalkan tujuh orang anak.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version