Perkongsian terbaharu yang dikongsikan oleh anak bongsu kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim, Maria Danisha Hakim telah mengundang perhatian ramai. Menerusi hantaran di TikTok, Maria dilihat menyertai trend yang sedang tular di platform tersebut. Maria berkongsi foto adik-beradiknya ketika kecil dengan menggunakan lagu terbaharu penyanyi terkenal, Olivia Rodrigo yang berjudul ‘Honeybee’.
“In the dark, I am not scared. I just reach and you are right there.” Menurut Maria, adik-beradiknya merupakan tempat untuk dirinya bersandar kerana mereka sentiasa menjadi ruang selamat buat dirinya. Perkongsian itu kemudiannya menarik perhatian ramai apabila rata-rata netizen turut meninggalkan pelbagai reaksi di ruangan komen. Menjengah di ruangan komen, segelintir warganet turut menitipkan doa dan kata-kata semangat buat Maria.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
