Kehidupannya kini tak lagi macam dulu, Shuk Sahar akui hanya mampu bayar nafkah anak RM1k je

Advertisements
Advertisements

PELAWAK Shuk Sahar tampil menjelaskan mengenai tuntutan bekas isterinya, Fara Salleh yang meminta dia membayar yuran pendaftaran tahunan taska anak mereka berjumlah RM1,540. Shuk atau nama sebenarnya Mohamad Shukri Sahar, 40, berkata dia sudah menyediakan nafkah bulanan sebanyak RM3,000 untuk anak-anak dan jumlah itu merangkumi pelbagai keperluan termasuk pendidikan, pakaian serta perubatan.

Bagaimanapun, Shuk menjelaskan dia hanya mampu memperuntukkan RM1,000 sebulan bagi setiap anak ketika ini dan berharap bekas isterinya memahami keadaan serta kemampuan kewangannya. “Apa yang aku mampu hanyalah RM3,000 sebulan (nafkah anak-anak), jadi bila tiba cakap ini nafkah bulanan, yuran tahunan mana? 

Mengikut kefahaman, aku bagi sebulan RM1,000 kalau nak hantar anak pegi tadika Oxford sekali pun memang terbaik. Tapi yang aku mampu hanyalah sebulan RM1,000. Kalau boleh berfikir gunakan duit RM1,000 itu untuk ubat anak, pakaian anak dan tadika anak sebab yang aku mampu hanyalah itu saja,” katanya menerusi sesi siaran langsung di TikTok pada malam Selasa.

Dalam pada itu, Shuk berkata dia turut mempunyai komitmen kewangan lain yang perlu diselesaikan termasuk bayaran kereta, rumah serta gaji pekerja. Katanya, jumlah nafkah yang diberikan ketika ini lebih tinggi berbanding amaun yang mungkin ditetapkan sekiranya perkara itu dibawa ke mahkamah. “Kalau aku ikut saluran mahkamah, silap-silap RM350 sahaja nafkah sebulan. Jadi saya boleh bagi lebih sebab saya usaha untuk beri RM1,000. 

Jangan pula tiba-tiba bila sudah setahun, yuran anak serang balik cakap apa ni bagi RM1,000 saja. Ingat aku ini tak ada tanggungan lain ke? Anak RM3,000, kereta nak kena bayar, rumah nak kena bayar, pekerja pun nak kena bayar. Jadi tolonglah faham,” ujarnya. Sementara itu, Shuk menegaskan kehidupannya kini tidak lagi seperti dahulu apabila dia mendakwa jarang keluar berseronok kerana kekangan kewangan.

Malah, katanya, dia kini bekerja setiap malam dengan melakukan siaran langsung menjual burger bagi mencari pendapatan. “Aku sekarang hidup dah tak pergi berseronok mana pun, tak keluar dah tak ada duit tahu tak. Masih lagi cakap tak cukup (duit nafkah). Lainlah kalau nampak muka aku tengah berseronok, bolehlah cakap. Ini sekarang saya tak pergi mana-mana, setiap malam buat live jual burger. Orang boleh mengata lagi,” katanya. 

Pada Isnin lalu, Fara menuntut Shuk menyelesaikan bayaran pendaftaran tahunan taska anak mereka, Elaine Nada berjumlah RM1,540. Kata Fara, dia tidak meminta jumlah yang besar dan sanggup menanggung baki kos pendaftaran tersebut jika bekas suami melunaskan bayaran itu. Untuk rekod, Shuk atau Mohamad Shukri Sahar, 40, berkahwin dengan Fara pada November 2023 di Thailand. 

Shuk bagaimanapun melafazkan cerai talak satu terhadap Fara menerusi panggilan telefon pada April 2025. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nada yang kini berusia dua tahun. Sebelum itu, Shuk pernah mendirikan rumah tangga dengan Rossa Sera namun bercerai pada 22 Mac 2023. Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 10, dan Nur Assyifatu Aimi, 7 tahun.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version