Konsert Jamal Abdillah Live in Concert yang dijadualkan berlangsung di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 9 September ini ditunda ke November depan. Datuk Jamal Abdillah, 64, berkata, dia dimaklumkan oleh penganjur, Shiraz Projects konsert itu terpaksa ditunda ke tarikh baru kerana berdepan masalah teknikal. Saya difahamkan penganjur, jadual pengarah muzik dari Orkestra… Continue reading Sekali ini pejelasan Jamal Abdillah , nafi jualan tiket perlahan menyebabkan konsert beliau ditunda
Author: apampink
Tular pasal budak 7 tahun di Pasir Gudang, kali ni bapa kandung datang dari Kedah untuk jaga anak tu
KANAK-KANAK lelaki berusia tujuh tahun yang didakwa dikasari ibunya dan rakan di Bandar Layangkasa, Pasir Gudang, akan ditempatkan dalam jagaan saudara maranya sebaik pulih. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Johor Khairin Nisa Ismail berkata laporan perubatan menunjukkan kelukaan pada badan kanak-kanak itu dilakukan menggunakan rotan. “Saya melawat kanak-kanak itu di Hospital Sultan Ismail di… Continue reading Tular pasal budak 7 tahun di Pasir Gudang, kali ni bapa kandung datang dari Kedah untuk jaga anak tu
Rezeki dapat anak mata cantik, terkejut bila bersalin anak mata kelabu
MELIHATKAN perbezaan antara pasangan ini dan anak mereka, pasti ramai menganggap ibunya ‘terkenan’ atau terlampau meminati sesuatu ketika hamil sehingga mempengaruhi fizikal si kecil. Meskipun ada yang menyatakan ia adalah kepercayaan karut, namun hakikatnya ramai yang pernah mengalami situasi tersebut. Begitulah yang dikongsikan seorang pelayar TikTok selepas melihat warna mata anaknya yang unik dan berbeza. Berkongsi… Continue reading Rezeki dapat anak mata cantik, terkejut bila bersalin anak mata kelabu
Berharap orang ramai berhenti tanya pasal hubungan dengan bekas teman lelaki, Riena Diana dedah kini dah kembali single
Pelakon Riena Diana mendedahkan dirinya ketika ini masih berstatus ‘single’ dan tidak mempunyai sebarang hubungan cinta dengan mana-mana lelaki. Menerusi hantaran di Instagram Story, Riena turut berharap orang ramai berhenti bertanyakan mengenai hubungannya dengan bekas teman lelaki yang dikenali sebagai Nik Afiq. “Tidak lagi nak bertolak ansur dengan apa-apa dan saya gembira dengan diri saya sendiri buat… Continue reading Berharap orang ramai berhenti tanya pasal hubungan dengan bekas teman lelaki, Riena Diana dedah kini dah kembali single
Dah lama tak aktif dalam bidang lakonan, rupanya Fathia Latiff dah jadi pengamal undang undang
Sudah lama rasanya tidak dengar mengenai perkembangan kerjaya pelakon jelita Fatiya Latiff yang pernah mencetuskan fenomena luar biasa menerusi sebuah drama berjudul Ariana Rose bersama rakan gandingan Keith Foo kan? Memang tidak dinafikan, pemilik nama Nur Fathia Binti Abdul Latiff dilihat sudah lama tidak aktif dalam bidang lakonan, jika ada pun namanya disebut dan menjadi bualan disebabkan oleh perubahan… Continue reading Dah lama tak aktif dalam bidang lakonan, rupanya Fathia Latiff dah jadi pengamal undang undang
Naufal Azrin akui dirinya dah berpunya, tapi tuan badan lebih selesa tak kongsikan wajah teman wanita
Penyanyi Naufal Azrin mengakui dirinya kini sudah berpunya bagaimanapun dia lebih selesa tidak berkongsikan wajah teman wanitanya itu di media sosial. Penyanyi berusia 24 tahun itu berkata dia tidak gemar orang tahu mengenai kisah peribadinya namun dia tidak akan sorok jika ada peminat terserempak dia bersama teman wanitanya. “Saya sebenarnya tidak suka orang tahu pasal saya dan… Continue reading Naufal Azrin akui dirinya dah berpunya, tapi tuan badan lebih selesa tak kongsikan wajah teman wanita
Menang dalam Prn Dun Lembah Jaya, Altimet akui masih tak selesa dipanggil dengan gelaran YB
Komposer dan penyanyi rap, Altimet, 45, mengakui masih tidak selesa dipanggil Yang Berhormat atau YB selepas memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN), kelmarin. Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Lembah Jaya menewaskan Sharifah Haslizah Syed Ariffin dari Perikatan Nasional (PN). “Saya masih tidak selesa lagi dipanggil… Continue reading Menang dalam Prn Dun Lembah Jaya, Altimet akui masih tak selesa dipanggil dengan gelaran YB
Banyak akaun fb yang guna nama Wafariena, tak boleh berdiam ini pula tindakan dari tuan badan
PELAKON Wafariena tampil membuat laporan polis susulan terdapat beberapa pihak menyalahgunakan nama dan fotonya di sosial media. Wafa atau Wafariena Roslan, 28, berkata, dia sebenarnya sudah lama menyedari kewujudan beberapa profil palsu itu namun melihat ia semakin berlarutan meskipun sudah beberapa kali membuat laporan di medium berkenaan. “Dah lama saya sabar… kalau kita tekan butang report… Continue reading Banyak akaun fb yang guna nama Wafariena, tak boleh berdiam ini pula tindakan dari tuan badan
Dah jalani rawatan kemo, Chef Wan luah rasa bersyukur sebab sel knser masih belum pergi ke otak
Umum mengetahui, baru-baru ini cef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan berkongsikan beliau disahkan menghidap knsr limfoma. Memetik Harian Metro, Chef Wan meluahkan rasa syukur sel knsr limfoma dihidapinya tidak menyerang bahagian otak. Menurut Chef Wan dia menerima perkhabaran itu selepas menjalani rawatan kemo pada Rabu lalu. Tambahnya, meskipun rawatan tersebut mengambil masa tidak lama namun berdepan kesakitan dan rasa kurang… Continue reading Dah jalani rawatan kemo, Chef Wan luah rasa bersyukur sebab sel knser masih belum pergi ke otak
Dah mulakan tugas sebagai Adun, Altimet berhasrat nak banyakkan lagi program agama di masjid
Penyanyi rap terkenal, Altimet telah berjaya memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) sekali gus memulakan tugas sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bermula hari ini. Memetik laporan merujuk kepada beberapa ciapannya di Twitter, Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman menyatakan yang dirinya akan memulakan tugas sebagai ADUN di Lembah Jaya bermula jam 6 pagi di Masjid Taman Kosas, Ampang Selangor. Altimet… Continue reading Dah mulakan tugas sebagai Adun, Altimet berhasrat nak banyakkan lagi program agama di masjid