Dah boleh keluar hospital, Ain Edruce kongsikan keadaan terkini Soraya lepas kena sawan

Pelakon dan pengacara, Ain Edruce meluahkan rasa syukur selepas anaknya, Soraya sudah beransur pulih selepas diserang sawan pada Ahad lalu. Menerusi TikTok, Ain atau nama sebenarnya Nurulain Edruce memuat naik video memaparkan keadaan Soraya yang sudah dibenarkan pulang ke rumah. Dapat dilihat suami kepada Ain iaitu Amirul melompat kegembiraan bersama anak kesayangannya. Dalam pada itu,… Continue reading Dah boleh keluar hospital, Ain Edruce kongsikan keadaan terkini Soraya lepas kena sawan

Minta hutang dah macam minta sedekah, Puteri Sarah dedah usaha dapatkan balik RM26k belum berjaya

PELAKON Puteri Sarah Liyana menyifatkan dia seperti seorang peminat sedekah apabila cubaan mendapatkan kembali wang miliknya berjumlah RM26,000 daripada seorang pegawai pemasaran gagal. Ini kerana kata Puteri Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 40, pihak berkenaan tidak mahu memberi kerjasama dengan baik namun tidak akan membiarkan haknya dirampas begitu sahaja. “Kita penat kerja, buat live… Continue reading Minta hutang dah macam minta sedekah, Puteri Sarah dedah usaha dapatkan balik RM26k belum berjaya

Ruang dalam mesin sangat kecik, Syatilla Melvin kongsikan pengalaman ketika masuk dalam mesin MRI

Pelakon dan usahawan, Syatilla Melvin berkongsi pengalamannya ketika dimasukkan ke dalam mesin Pengimejan Resonansi Magnetik (MRI) di sebuah hospital baru-baru ini. Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Syatilla atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Mirol Melvin berkongsi keadaan semasa dia berada di dalam mesin MRI tersebut. Menurut aktres berusia 32 tahun ini, dia berasa ketakutan dan mengalami sesak… Continue reading Ruang dalam mesin sangat kecik, Syatilla Melvin kongsikan pengalaman ketika masuk dalam mesin MRI

Rezeki orang baik, Achey tak dapat tahan air mata bila dapat hadiah Ford Ranger

Pelawak, Achey tidak dapat menahan air mata apabila menerima hadiah kereta jenama Ford Ranger sebagai tanda penghargaan daripada peniaga, Choi. Menerusi perkongsian di Instagram, tujuan Choi memberikan kereta tersebut kepada Achey adalah kerana selebriti itu banyak membantu mempromosikan produk baju jersey sehingga dia mampu mencapai target tinggi. “Akaun saya pernah kena shadowbanned. Saya minta Abang… Continue reading Rezeki orang baik, Achey tak dapat tahan air mata bila dapat hadiah Ford Ranger

Minta Anju cermin diri sendiri, tak sangka Fathia Latif bakal ambil tindakan ini pada Zarina Anjoulie

PELAKON Fathia Latiff tidak berdiam diri dan melancarkan ‘prng’ terhadap bekas rakan baiknya iaitu Zarina Anjoulie susulan aktres itu memburukkannya di media sosial. Tampil menerusi beberapa video di media sosia miliknya, Fathia atau Nur Fatiya Abdul Latiff, 36, mendoakan kehancuran aktres berkenaan selain menghina rupa parasnya sebagai hodoh. Malah dakwa Fathia, Zarina pernah cuba mendekati bekas… Continue reading Minta Anju cermin diri sendiri, tak sangka Fathia Latif bakal ambil tindakan ini pada Zarina Anjoulie

Buang rasa sakit hati dan berlapang dada dengan keputusan suami, tular video isteri pertama siap pasangkan pelamin untuk suami nikah sekali lagi

Tular sebuah video memaparkan kecekalan seorang wanita dikenali Syazwani Ali 34, memasang pelamin untuk suami dan madunya sehingga menarik perhatian ramai. Menerusi hantaran video tular, Syazwani Ali dilihat sedang bertungkus lumus bersama rakan pasukannya menyiapkan pelamin untuk majlis persandingan suami, Amerul Azizon, 43, dan madu, Nurul Nadzirah Syamsudin, 23. Meskipun menerima banyak pujian dalam kalangan… Continue reading Buang rasa sakit hati dan berlapang dada dengan keputusan suami, tular video isteri pertama siap pasangkan pelamin untuk suami nikah sekali lagi

Muat naik video buaian bergerak sendiri, guru luah rasa rindu pada Zayn Rayyan

SUDAH lebih sebulan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin pergi menghadap illahi. Namun misteri pembnhnnya masih belum terungkai dan terus menjadi bualan masyarakat. Tidak terkecuali, salah seorang tenaga pengajarnya yang dikenali sebagai Shima. Malah video tular yang memaparkan buaian berhayun sendiri yang dikongsikan Shima mendapat perhatian warga maya sehingga ditonton lebih 1.7 juta kali. Kapsyen ‘Assalammualaikum…… Continue reading Muat naik video buaian bergerak sendiri, guru luah rasa rindu pada Zayn Rayyan

Berhenti kawan sebab perangai busuk hati, Zarina Anjoulie tampil bongkarkan perangai sebenar Fathia Latif

Semalam, kecoh mengenai pelakon Fathia Latif menyindir Zahirah Macwilson dengan mengatakan wajah aktres itu seperti pembantu rumah atau ‘bibik’. Terbaharu, pelakon dan selebriti media sosial, Zarina Anjoulie tampil mendedahkan perangai sebenar Fathia sewaktu mereka masih berkawan. Menerusi hantaran di TikTok, Zarina Anjoulie atau lebih mesra disapa Anju mendedahkan perkara tersebut ketika dia sedang melakukan ‘live’. Anju atau nama sebenarnya… Continue reading Berhenti kawan sebab perangai busuk hati, Zarina Anjoulie tampil bongkarkan perangai sebenar Fathia Latif

Bukan artis sendu, Azhar Sulaiman dedah bapa Zahirah Macwilson pernah bantu dia dapatkan tawaran berlakon

Pelakon, Azhar Sulaiman tampil mendedahkan bapa kepada aktres jelita, Zahirah Macwilson yang juga seorang aktor iaitu Zainol Macwilson pernah membantunya ketika awal penglibatan dalam industri seni. Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Azhar menyatakan penghargaan terhadap Zainol yang menolongnya untuk mendapatkan tawaran berlakon menerusi filem Riang Tirana. Menurut aktor berusia 52 tahun ini, dia banyak terhutang budi dengan… Continue reading Bukan artis sendu, Azhar Sulaiman dedah bapa Zahirah Macwilson pernah bantu dia dapatkan tawaran berlakon

Tular video pasal harimau putih kurus, akhirnya pihak Zoo Melaka tampil berikan kenyataan

Sejak hujung minggu lalu, tular sebuah video yang memaparkan kondisi seekor Harimau Putih Bengal yang kelihatan terlalu kurus dan tidak sihat. Pun begitu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Datin Sapiah Haron membuka mulut berkenaan isu itu dan menceritakan perkara yang sebenarnya. Menurut laporan Sinar Harian, Harimau Putih Bengal yang diberikan nama Elsa… Continue reading Tular video pasal harimau putih kurus, akhirnya pihak Zoo Melaka tampil berikan kenyataan

Exit mobile version