Terkejut bila Dr Amalina dedahkan dia sudah berkahwin dengan pilihan hati. Rupanya dalam diam ini tarikh kahwin dia.

Artis

Kuala Lumpur: Pelatih pakar bedah, Dr Nur Amalina Che Bakri mengumumkan sudah berkahwin dengan jejaka pilihan hati di London, United Kingdom (UK) pada 31 Mac lalu. Berita gembira itu dikongsi Dr Amalina menerusi laman sosial Instagram hari ini.

Menerusi entri itu, Dr Amalina berkongsi dua foto bersama suaminya yang juga jejaka Inggeris. Dr Amalina memaklumkan majlis akad nikah mereka diadakan di London Central Mosque selepas tiga kali majlis terpaksa ditunda akibat perintah berkurung.

“Kami lega kerana berjaya melakukan majlis ringkas yang dihadiri ahli keluarga dan rakan terdekat (hanya enam tetamu seperti peraturan pihak berkuasa UK). “Perancangan asal adalah untuk buat majlis resepsi pada Mac (Malaysia) dan Jun (UK) pada tahun ini. Namun, kami terpaksa tunda majlis resepsi sehingga kami yakin semua orang boleh hadir.

“Kami berharap dapat meraikan hari istimewa ini bersama insan tersayang dan rakan nanti,” katanya. Sebelum ini, media melaporkan Dr Amalina mengumumkan bertunang dengan jejaka pilihan hati pada 10 Ogos 2020.

Berikut entri penuh Dr Amalina di IG rasmi beliau 

Alhamdulillah, solemnisation (nikah) is done in London Central Mosque on 31st March 2021. Despite having to postpone our nikah 3 times due to lockdown, we are relieved that we managed to have our simple ceremony attended by some close family and friends (6 guests only,

in accordance with local COVID rules). Our initial plan was to do receptions in March (Malaysia) and June (UK) this year, however we are postponing our wedding receptions until we are sure that everyone can be there. We look forward to celebrating our big day with our loved ones and friends soon. Lots of love, Amalina and Alex.

Nur Amalina Che Bakri atau lebih dikenali sebagai Amalina Bakri merupakan pelajar pintar kelahiran Kota Bharu, Kelantan yang mula mendapat perhatian selepas kejayaannya mencapai keputusan cemerlang 17A1 dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2004. Rentetan itu, beliau menjadi bualan hangat di kalangan masyarakat yang rata-ratanya kagum dengan pencapaian demi pencapaian diraihnya.

sumber: ig Amalina, hmetro, iluminasi

Sudah Terima Vaksin Pfizer Di United Kingdom. Doktor Amalina Jelaskan Mustahil Apa Apa Cip Boleh Dimasukkan Ke Dalam Vaksin

Dr. Amalina Bakri dalam satu soal jawab melalui Instagram Story beliau dan ada pengikutnya yang bertanya bagaimana ingin meyakinkan orang bahawa vaksin Covid-19 tidak mengandungi cip yang boleh mengesan kedudukan manusia.

Dr. Amalina menjawab persoalan beserta gambar beliau sedang disuntik dengan vaksin Covid-19 di United Kingdom. Menurut Dr. Amalina, tiada mikrocip di dalam vaksin.“Tengok la betapa keciknya jarum itu dan sangat mustahil untuk memasukkan cip dalamvaksin tersebut. Tambahan lagi, kalau betul ingin mengesan kedudukan manusia, hanya boleh dikesan melalui telefon pintar serta media sosial anda,” katanya.

Doktor Melarang Untuk Menggunakan Petua Orang Dulu Pada Zaman Kini. Ini Komen Dari Doktor Buat Ibu Bapa Yang Bta Sejarah.

Orang tua-tua dahulu sememangnya banyak mengamalkan petua serta pantang Iarang tertentu dalam kehidupan seharian. Amalan ini diperturunkan dari satu generasi ke generasi yang lain, yang mana ada kelompok masyarakat masih lagi mengamalkannya sehingga kini. Selain ‘kaya’ dengan petua untuk ibu yang berpantang, salah satu amalan yang masih lagi diamalkan hingga kini oleh sesetengah masyarakat adalah memberi bayi minum air rebusan nasi atau air kanji.

Namun amalan ini sangat tidak digalakkan kerana ia memberi kesan kepada tumbesaran bayi kelak, sebagaimana perkongsian oleh doktor perbidanan dan pakar s4kit puan, Dr Imelda Balchin. Menerusi satu posting di Facebook, Dr Imelda berkata b4yi yang diberi minum air rebusan nasi atau air kanji ini tidak mendapat khasiat yang secukupnya sekali gus ia boleh menyebabkan tumbesarannya terbantut.

“Kenapa tak boleh bagi air kanji? Sebab air kanji hanya karbohidrat, tak cukup protein untuk b4yi membesar. Sebab inilah di Indonesia di mana masih ramai yang masih mengamalkan air kanji untuk b4yi, ada masalah pembesaran b4yi yang terbantut. Sebab inilah kerajaan Indonesia membuat kempen air susu ibu untuk rakyat Indonesia, semoga berhenti memberi air kanji kepada b4yi. Nak bagi air kanji atau bubur nasi, boleh bagi selepas umur enam bulan sebagai makanan pelengkap,” ujarnya.

Menurut Dr Imelda, ramai ibu bapa khususnya generasi kini yang tidak tahu ‘sejarah’ di sebalik amalan tersebut menyebabkan mereka meneruskannya seperti biasa.

“Kita kena faham, zaman dulu, kehilangan ibu bersalin ialah 20 kali ganda lebih tinggi dari zaman sekarang. Zaman dulu, ibu-ibu bersalin di rumah tanpa bidan bertauliah. Punca utama kehilangan ibu bersalin zaman dulu ialah pendar4han yang tidak terhenti semasa dan selepas bersalin. Bila ibu telah tiada dan tiada ibu susuan lain, mana depa nak cari susu formula?

“Kalau bagi susu lembu atau susu kambing, b4yi akan dapat s4kit perut, cirit-birit dan demam. Jadi zaman dulu, depa (mereka) terpksa bagi air kanji,” tulisnya. Petua orang dulu tu untuk zaman dulu, bukan untuk zaman sekarang. Terang Dr Imelda lagi, ibu yang bersalin di rumah dan mengalami pendar4han teruk selepas proses kelahiran sememangnya akan lemah dan tidak berupaya menyusukan b4yi mereka.

“Ibu-ibu yang kekurangan dar4h yang teruk ini tak boleh bangun dan badan tak boleh buat susu sehingga kuat semula. Sebab itu mereka tiada pilihan, mereka bagi b4yi minum air kanji,” terangnya. Tambah Dr Imelda, selain pendar4han yang teruk, ibu-ibu yang bersalin di rumah juga berdepan dengan masalah obstetric fistula, iaitu koyakan teruk. Sebab itulah zaman dulu, orang tua tak bagi ibu yang baru bersalin minum, sebab ramai ibu di zaman dulu dapat obstetric fistula. Jika ibu tak minum, tak boleh buat susu. Sebab itulah depa terpksa bagi b4yi minum air kanji,” ujarnya. Justeru seiring dengan perkembangan dan teknologi yang semakin canggih, amalan memberi b4yi minum air kanji adalah tidak lagi relevan.

“Zaman sekarang, ibu-ibu bersalin di Hospital, kami pastikan pendar4han berlebihan dihentikan untuk menyelamatkan ny4wa ibu. Ada ibu, ada susu ibu. Zaman sekarang, ibu yang lemah sebab kekurangan dar4h akan ditambah balik dar4h ibu dengan transfusi dar4h, supaya kuat semula dengan cepat sebelum pulang ke rumah. Ibu sihat, ada susu ibu. Zaman sekarang, kami tak benarkan masalah obstetric fistula ini berlaku lagi. Jika susah nak bersalin, kami buat pembed4han Caesar, atau kami bantu dengan vacuum. Jika koyak, kami jahit semula.

“Kami galakkan ibu-ibu supaya kerap menyusukan b4yi supaya meningkatkan produksi susu badan. Jika ibu s4kit dan tak boleh buat susu, baru bagi b4yi tambahan susu formula, bukan air kanji dan bukan susu lembu atau susu kambing,” Petua orang dulu tu untuk zaman dulu, bukan untuk zaman sekarang,” tulisnya lagi. Sehingga kini perkongsian tersebut meraih sehingga 2,900 shares selain dibanjiri ratusan komen warganet.

Terlalu Leka Dengan Gajet Sehingga Menganggu Waktu Tidur. PU Rahmat Kongsikan Tips Kepada Ibu Bapa Bagi Menghadkan Masa Anak Anak Dengan Gajet.

Pada zaman kini, anak-anak kecil juga tidak boleh lari daripada menggunakan gajet sebagai alat ‘permainan’ baharu mereka. Ada yang suka main game, ada yang suka tengok kartun di Youtube, malah ada yang sudah ada akaun Instagram sendiri lagi.

Walaupun nampak macam ok, tapi hakikatnya pasti ada ibu bapa yang bimbang dengan kegiatan ini kerana anak mereka masih kecil, takut kesan buruk pula menanti. Sebenarnya, ada ‘trick’ macam mana kita nak hadkan anak-anak kecil daripada menggunakan gajet hingga terlebih masa. Apa kata kita baca dulu perkongsian oleh Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan ini. Mungkin ia membantu.

Tengah kusyuk menulis, tiba-tiba terdengar jeritan kecil. “Alamak!”. “Alahhhhhh”. Terkejut mak! Ingatkan kenapa. Rupanya telefon masing-masing dah kena block sebab saya dah setkan masa sampai pukul 11 malam. Dalam hati saya tahan tawa. Saya buat bodoh, buat tak tahu macam tak ada apa yang berlaku.

Tapi pelik juga. Kenapa lagi seorang tak ada respon. Pelan-pelan saya capai phone dan buka apps untuk check setting. Oh, rupanya seorang lagi terlepas setting block pukul 11.30 malam. Jadi saya terus tukar setting ke pukul 11.00 malam juga.

Tak sampai beberapa saat, terdengar jeritan dari bahagian atas rumah. Kali ini lebih kuat dari jeritan pertama dan kedua tadi. “Alahhh ibuuuuu”. Hahaha. Kali ini jeritan Kak Long yang tak puas hati telefon kena block ketika tengah syok menyanyi sambil dengar headphone ketika dia tengah gosok baju.

“Alah ibu. Kak Long nak dengar lagu je pun. Bukannya guna internet,” dia bersuara lagi, tak puas hati. “Ibu tak buat apa-apa la Kak Long. Memang setting dia macam tu,” jawab si adik yang phone dah kena block lebih awal. Saya tak menjawab apa. Diam je sambil mata konon-konon terus menghadap laptop.

Lepas tu si Abang bersuara, “Abang nak tengok tv la ibu. Nanti Abang naik,” “Nak ibu pasang apps kat tv keluaq time for bed jugak ka? Ka nak bagi keluaq time to go to school?” tanya saya selamba. Hahaha. Pecah berderai ketawa dua beradik tu. Yang lagi seorang kat atas tu entah apa cerita. Dah jadi muncung cencerut agaknya.

Saya memang tak bagi anak-anak pegang telefon pada hari persekolahan, kecuali atas sebab-sebab tertentu yang dirasakan munasabah. Mereka cuma akan dapat telefon pada hari sabtu atau cuti umum, dan kena pulangkan semula pada hari ahad malam sebelum pukul 11.

Ataupun pada hari mereka perlu keluar tanpa saya atau suami, saya akan berikan telefon tapi syaratnya, kena pulangkan semula sebaik sahaja mereka sampai ke rumah. Itu pun selalunya terlajak jugak. Bila mintak, jawapannya kejap, kejap. Bila ibu dah jadi hijau barulah masing-masing kelam kabut nak bagi balik. Haha.

Bagus juga ada apps ni. Untuk mak bapak yang ada anak-anak yang bila dah pegang phone, tak ingat dunia atau buat-buat tak ingat bila nak pulangkan balik, apps ni sesuai untuk korang. Ini apps yang korang boleh cuba install:

1) Pergi ke Play Store dan cari Google Family Link for Parents. Install ikut arahan. 2) Pastikan telefon anak yang nak di link ada dengan korang dan korang tahu apa email yang mereka guna untuk log in Google beserta dengan password. Kalau tak ada password pastikan korang minta dengan anak-anak. Sebagai ibu bapa kita ada hak untuk tahu password setiap akaun yang mereka ada. 3) Pada telefon anak – buka Play Store dan install Google Family Link for Children & Teenagers. Masa ni email dan password akaun anak diperlukan.

Bila dah siap install, korang dah boleh mula setting apa yang patut dan boleh add bilangan akaun sekiranya ada lebih dari seorang anak atau telefon. Kelebihan apps ni pada saya memudahkan untuk set masa penggunaan telefon anak-anak.

Antaranya limit penggunaan berapa jam sehari, waktu penggunaan telefon dan mengenalpasti lokasi anak melalui GPS. Walaupun apps ni tak boleh nak kawal penggunaan telefon anak-anak sepenuhnya, tapi sekurang-kurangnya dapatlah membantu sedikit sebanyak. Kata orang, bolehlah dari tak ada langsung. Kan?