Menjadi lumrah buat anak-anak kecil kebanyakkannya suka akan binatang peliharaan yang comel dan manja seperti kucing.Meskipun anak-anak masih kecil namun keinginan mereka untuk menjaga dan memelihara kucing biasanya membuak-buak. Namun Mami Piqah faham, ibu bapa pasti bimbang jika kucing itu bakal terabai oleh anak-anak kerana keinginan yang bersifat sementara.Bagaimana pun, menerusi satu laporan dan kajian yang dibuat oleh sebuah portal ada 7 sebab mengapa ibu bapa perlu membiarkan atau memberi peluang kepada anak-anak untuk memeliharan haiwan kesayangan mereka terutama kucing.
Kurangkan risiko alahan dan lelah pada anak. Mengikut kajian yang pernah diterbitkan menerusi TIME Magazine, anak-anak kecil yang membesar dalam rumah yang mempunyai haiwan peliharaan sebenarnya kurang berisiko untuk menghidapi alahan dan lelah Ini kerana, saintis mempercayai bahawa haiwan peliharaan seperti kucing akan mendedahkan anak kepada mikrob, lalu mematangkan sistem imun mereka lebih awal berbanding anak-anak normal. Fakta ini disokong oleh kajian yang turut mendapati kanak-kanak yang tinggal di dalam rumah yang mempunyai haiwan peliharaan adalah yang paling kurang mendapatkan rawatan respiratori di klinik-klinik. Lebih banyak ‘outdoor activity’. Kalau anak bela kucing, tentu mereka akan lebih banyak menghabiskan masa di luar kerana ingin membawa kucing bersiar-siar. Kalau tidak di padang pun, di halaman rumah pun jadilah.Bukankah ini lebih baik berbanding menonton televisyen atau bermain gajet sepanjang hari.
Mempunyai kemahiran bersosial yang baik. Berdasarkan sebuah ‘survey’, Dr. Jalongo mendapati lebih 40% daripada ibu bapa mendapati anak-anak mereka amat rapat dengan haiwan peliharaan sehingga menjadikan haiwan ini sebagai tempat meluahkan perasaan.Kemahiran mengenal emosi marah, sedih, atau berkongsi apa sahaja cerita ini dapat menjadikan mereka lebih yakin apabila berhadapan dengan orang ramai. Dapat memupuk sifat penyayang & kreatifTidak kiralah lelaki atau perempuan, jika mereka rapat dengan haiwan, anda pasti akan nampak sisi penyayang mereka.Malah, kehadiran kucing dalam hidup mereka akan menjadikan otak anak lebih kreatif kerana secara tidak langsung mereka turut mempelajari kemahiran mengurus masa, menguruskan ‘teman rapat’ mereka, serta melihat sesuatu dari perspektif yang berbeza.Kucing juga comel dan banyak gelagatnya. Lama-kelamaan, tentu anda turut akan sayangkan kucing itu walaupun fobia pada awalnya.
Kucing juga dapat membantu anak belajar membaca. Menurut sebuah laporan ABC News, sebuah program ‘Purr-Fect Companion’ telah memasangkan setiap anak dengan kucing-kucing terbiar di sebuah pusat khas untuk membantu mereka membaca. Percaya tak, kesannya yang sangat memberangsangkan. Ini kerana, anak-anak yang sedang ‘merangkak’ untuk membaca berasa lebih relaks dan konfiden untuk menyebut patah perkataan secara ‘read out loud’ apabila adanya kucing itu di sisi mereka. Melatih berdisiplin & bertanggungjawab. Bukan senang nak jaga kucing, sebab itulah ibu bapa biasanya malas nak tambah komitmen lagi di rumah. Bayangkanlah, anda perlu bertanggungjawab terhadap corak makanan kucing, kebersihannya, permainannya, imunisasi kucing, jadual makan ubat dan temujanji doktor.Selain itu, kucing yang dijaga dari kecil perlu dilatih untuk membuang najis di tempat yang disediakan atau di luar rumah. Kucing ini memang pembersih sebenarnya, kalau kita tak rajin bersihkan tempat najisnya, mereka akan buang air di tempat lain yang lebih ‘bersih’.Sifat tanggungjawab yang baik ini bukan saja memberi kesan terhadap kelakuan seharian anak-anak, tetapi ia juga menjadi benih permulaan kepada ‘parenting skill’ yang baik.
Kita sedia maklum bahawa Islam sangat menganjurkan umatnya agar berbuat baik sesama makhluk, termasuklah haiwan.Seperti dalam sebuah Hadis Rasulullah SAW dari Riwayat Muslim: Tatkala seorang lelaki sedang berjalan pada sebuah jalan terasalah olehnya dahaga yang sangat. Lalu ia mendapati sebuah sumur dan bersegeralah ia meneruninya untuk minum.Ketika keluar, tiba-tiba dia melihat seekot anjing menjulurkan lidah sambil menjilat-jilat debu kerana sangat haus.Lelaki itu berkata: “Anjing ini sedang kehausan seperti aku tadi.” Lalu turunlah dia kembali ke dalam sumur untuk memenuhi sepatu kulitnya dengan air lalu digigit agar dapat naik kembali.Kemudian ia meminumkan air itu kepada anjing tersebut. Allah berterima kasih kepadanya lalu mengampuninya. Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah kami akan mendapat pahala kerana binatang-binatang seperti ini?”Rasulullah saw menjawab: “Pada setiap yang bernyawa (makhluk hidup) ada pahalanya.”
Maka, terbuktilah bahawa perbuatan menyantuni haiwan seperti kucing bukanlah satu amalan kosong, tetapi peluang untuk menuai ganjaran akhirat juga! Malah, ramai yang telah mengaitkan perbuatan mengasihi kucing dengan rezeki yang terbuka luas dan melimpah-limpah. Tahukah anda si comel kesayangan anda juga boleh menikmati manfaat insurans seperti insurans manusia. Menerusi Oyen Pet Insurance, anda bakal mendapat perlindungan yang pantas, tuntutan yang mudah dan nilai perlindungan tinggi. Ketahui lebih lanjut tentang tawaran Oyen Pet Insurance. Sumber, gempak.
Teringin Mahu Bela Si Bulus. Ketahui 5 Perkara Perlu Pertimbangkan Sebelum Bela Si Bulus. Kucing berlainan jantina mempunyai sikap dan personaliti berbeza. Memelihara kucing yang sesuai dengan gaya hidup seseorang memerlukan beberapa pertimbangan termasuklah jenis jantina si bulus. Bagaimanapun ramai tidak mengambil berat tentang perkara ini padahal kucing jantan dan betina memiliki sifat dan personaliti berbeza yang dapat mempengaruhi pemiliknya. Jadi apa yang membezakan sifat kucing betina dan jantan.
Satu perbezaan yang jelas di antara kucing jantan dan betina adalah berat badan mereka di mana kucing jantan lebih besar dan berat. Saiz kucing juga boleh disebabkan oleh faktor kacukan dan jenisnya. Kucing betina diketahui dapat hidup lebih lama berbanding kucing jantan namun itu bukan perkara utama kerana umur kucing biasanya dipengaruhi pelbagai faktor termasuk penyakit, pemakanan dan kesihatannya. Kebiasaannya kucing jantan lebih bersikap terbuka dan ramah berbanding kucing betina meskipun tanggapan ini tidak sepenuhnya benar. Jika seseorang lebih gemarkan kucing yang tidak terlalu aktif, si bulus betina lebih sesuai. Pakar haiwan berpendapat, kucing jantan lebih ramah kerana ia tidak memiliki naluri keibuan dan membuatkan ia lebih mudah bergaul dengan kucing lain mahupun manusia. Bagaimanapun, ada juga kes di mana kucing betina lebih aktif dan ia boleh disebabkan pelbagai faktor seperti usia.
Jika sudah ada kucing di rumah dan ingin membela yang lain kucing betina mungkin lebih sesuai kerana perilakunya yang mudah menyesuaikan diri lebih cepat. Ini kerana kucing betina lebih cenderung bekerjasama dalam kelompok kucing manakala kucing jantan lebih bersikap teritorial terhadap kucing lain terutamanya kucing jantan. Kucing betina juga lebih selesa tinggal dalam ruang lebih kecil manakala kucing jantan lebih gemar berkeliaran dan tidak suka duduk terperap di sesuatu kawasan dalam tempoh lama. Baik kucing jantan atau betina, mencakar adalah salah satu aktiviti kegemaran mereka namun kucing jantan lebih kerap melakukan perkara itu sebagai cara menanda wilayah mereka. Perilaku itu akan bertambah kerap jika terdapat kucing jantan lain yang cuba masuk ke dalam wilayahnya. Sumber: mstar