Tahukah anda Singapura memperkenalkan pelbagai aktiviti baharu untuk tarikan pelancong. Sempadan perjalanan Malaysia kini dibuka dengan beberapa kelonggaran prosedur di samping keperluan ujian untuk Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) antara Malaysia dan Singapura. Tidak hairanlah, ramai diantara kita yang tidak sabar untuk menaiki kapal terbang menuju ke destinasi pilihan, terutamanya negara jiran terdekat seperti Singapura. Singapura kini memperkenalkan pelbagai tarikan baru daripada suasana muzium yang mengasyikkan kepada aktiviti luar seperti berbasikal diatas air dan go-karting. Bukan itu sahaja, terdapat beberapa tarikan dan aktiviti yang baru dibuka dan ianya wajib untuk anda kunjungi ketika sampai di republik ini, termasuklah;
SkyHelix Sentosa. Jika anda gemar melihat pemandangan yang menarik, gondola terbuka ini akan memberikan anda tempat duduk di barisan hadapan dengan pemandangan panoramik Sentosa dan kawasan dermaga sekitar dari ketinggian 35 meter di atas tanah. Setiap perjalanan mengambil masa 12 minit, termasuk dua minit naik dan turun serta 10 minit di puncak, di mana gondola akan berputar perlahan-lahan supaya anda dapat menikmati pemandangan sekeliling. Menariknya, anda boleh berehat dan minum semasa menaikinya. Malah tidak seperti roller coaster, telefon bimbit dibenarkan dibawa untuk anda merakam seberapa banyak gambar untuk kenang-kenangan.
Menara Jam Teater Victoria. Penuhi fantasi anda dengan bermain-main di menara loceng katedral gothic di Teater Victoria dan dewan konsert, selain dapat menikmati pemandangan bandar pulau yang maju itu dari perspektif berbeza. Selain itu, anda juga boleh menerokai sejarah bangunan, seni bina dan pemasangan baharu disamping dapat mengetahui lebih lanjut tentang menara jam itu sendiri. Anda disarankan untuk memakai pakaian yang selesa dan kasut sukan, ia berikutan pendakian dengan ketinggian 54 meter itu bukan mudah. Kingfisher Wetlands di Gardens by the Bay. Selain itu, jika anda mencari aktiviti luar untuk dilakukan bersama pasangan, Kingfisher Wetlands di Gardens by the Bay yang baru sahaja dibuka adalah pilihan tepat. Dengan keluasan 15,000 persegi yang menempatkan lebih 200 pokok bakau asli seperti Bakau Oren Hulu dan Bakau Kelip-Kelip. Malah ia merupakan tempat bird-watchers, jurugambar alam semula jadi dan kawasan untuk mereka yang memerlukan suntikan alam. Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai beberapa air terjun, padang lalang dan juga arca yang sesuai untuk merakam moment yang sempurna.
Muzium ais krim Singapura. Muzium Ais Krim (MOIC) yang dinanti-nantikan akhirnya berada di Singapura, malah terdapat sebuah kolam merah jambu yang dipenuhi taburan warna-warni. Ia merupakan tarikan ikonik bertaraf global yang sebelumnya berpangkalan di Amerika Syarikat. Anda akan dibawa ke dunia nyata dengan pemandangan menarik, bunyi yang manis, hidangan lazat dan permainan menghiburkan merentasi 14 pemasangan multi-sensory. Pun begitu, pengunjung akan dapat menikmati hidangan ais krim tanpa had yang dicipta semula dengan sentuhan pakar di Singapura, termasuk ais krim Pulut Hitam Potong, Lemon Bliss Balls, Apple Pie Soft Serve, Lychee Bandung dan Taro Milk Tea serta Sandwich Ice Cream bersama perisa unik aiskrim Pina Colada.
Tropical Montane Orchidetum di Taman Botanik Singapura. Bagi mereka yang ingin mencari ketenangan dengan mengelakkan dunia talian dan pekerjaan, Orkidetum Montane Tropika adalah tempat baru yang sesuai untuk pengunjung bersantai. Ia terletak di Taman Orkid Nasional di Taman Botanik Singapura yang menempatkan 1,000 spesis orkid dan pelbagai bunga kacukan serta tumbuhan paku pakis yang lain. Dikatakan, di taman dalam sebuah rumah kaca ini terdapat penghawa dingin yang dipanggil Sembcorp Cool House untuk memastikan anda sentiasa berasa sejuk, malahan ia juga menjadi lokasi temu janji bersama pasangan. Galeri VR di Muzium ArtScience Singapura. Dilengkapi dengan teknologi tercanggih daripada set kepala hingga controller, Galeri VR Spacewalkers di Muzium ArtScience Singapura menanti pengunjung untuk merasai pengalaman menyeronokkan. Ia juga unik dengan susunan daripada beberapa artis, muzium dan festival filem yang paling terkenal di dunia, sehingga pengunjung tidak dapat melupakan pengalaman itu. Bagaimanapun, Spacewalkers ialah penerokaan kehidupan yang menyebabkan anda seolah-olah melambung tinggi di luar bumi melalui dua karya seni Realiti Maya yang menakjubkan dan dipersembahkan di Galeri VR Muzium.
Waterbike Singapura. Manakala bagi mereka yang ingin merasai pengalaman baru dan mencari sukan santai, aktiviti berbasikal di atas air adalah yang paling sesuai. Ia adalah aktiviti berbasikal tanpa basah sambil menghirup udara segar di atas air melintasi laluan masuk dan keluar ke Singapura. Oleh kerana itu, aktiviti ini bukan sahaja untuk mereka yang mencari sukan baru, namun ia turut sesuai untuk aktiviti bersama keluarga dan anak-anak. Litar Go-Kart KF1. Bagi mereka yang mencari keseronakan luar biasa yang menyemarakkan lagi tenaga, berlumba di Litar Karting KF1 adalah pengalaman yang harus dirasai setiap pengunjung. Tidak hanya disediakan kepada golongan dewasa, Litar Go-Karf KF1 juga menyediakan perlumbaan mesra dan berdaya saing kepada usia seawal sembilan tahun. Kanak-kanak bawah umur akan dibenarkan berlumba dengan kelajuan 30km/j dengan memilih sesi karting peringkat novis, disamping dapat berlumba tanpa berada di bawah terik matahari. Sumber, mstar.
Bali Memang Cantik Tapi Silap Sikit Boleh Jatuh Miskin. Ini 4 Kesilapan Besar Jika Bercuti Ke Bali Yang Boleh Buatkan Anda Jatuh Miskin. Sedar atau tidak, Bali sememangnya menjadi lokasi percutian kegemaran rakyat Malaysia. Kalau ke Bali, duit boleh keluar mengalir macam tu jer, kadang-kadang boleh jadi membazir. Tiket penerbangan ke Bali pun susah nak turun harga, selalunya memang mahal. Kami pernah dengar, ramai yang berhabisan ribuan ringgit di Bali tak sampai seminggu, sedangkan anda boleh lebih banyak berjimat. Sekiranya anda merasakan ini semasa bercuti ke Bali, anda mungkin membuat beberapa kesilapan di bawah. Percutian ke Bali pada musim High Season memang tidak disyorkan. High Season yang dimaksudkan ialah apabila cuti sekolah, cuti percutian, atau tahun baru. Tiket penerbangan ke sana untuk seorang boleh mencapai lebih RM1,000 untuk perjalanan pergi balik pada musim ini, itupun dengan penerbangan tambang murah. Belum lagi, harga penginapan ya! Sebelum tahun baru 2020, hampir semua penginapan di Seminyak dan kawasan Legian penuh. Di samping itu, teksi motosikal dan teksi dalam talian turut mematikan aplikasi itu dan memilih untuk mencari penumpang secara langsung di jalan raya.
Harga yang mereka tawarkan kepada pengunjung juga sangat tinggi. Bayangkan, kadar ‘ojek’ atau teksi motosikal dari Legian ke Kuta pada 31 Disember 2019 boleh mencapai RM30. Alasan mereka mengenakan tarif yang tinggi adalah kerana banyak jalan utama telah ditutup. Terlalu bergantung kepada pengangkutan awam atau dalam talian di Bali tidak bijak. Lebih baik jika anda menyewa kereta bersama dengan pemandunya jika anda datang ke Bali beramai-ramai. Jika datang berdua atau berseorangan, lebih baik sewa motosikal saje. Sebab kesesakan lalu lintas di Bali pun agak teruk. Kenapa tidak digalakkan menggunakan pengangkutan awam atau dalam talian. Sesetengah kawasan di Bali tidak membenarkan teksi dalam talian atau teksi motosikal beroperasi, ini disebabkan oleh peraturan penduduk tempatan. Sementara itu, jika menggunakan teksi tempatan, kos boleh jadisangat mahal. Jika anda memilih sewa kereta bersama pemandunya, biasanya anda akan dikenakan bayaran dalam lingkungan RM150 selama 10 jam.
Menggunakan aplikasi seperti Airbnb nampaknya lebih bijak apabila anda mencari penginapan di Bali. Nak tahu sebab apa? Oleh kerana harga homestay pastinya lebih murah daripada hotel. Cuma bezanya kalau anda menginap di hotel, lokasinya akan strategik dan mereka juga menyediakan sarapan pagi. Tetapi jika anda melancong solo atau hanya bersendirian, homestay kelihatan lebih sesuai. Banyak homestay di Bali mempunyai kadar sewa yang rendah dan kalau anda bijak memilih, mungkin boleh dapat villa dengan kolam renang peribadi dengan harga yang murah. Selain sering menjamu selera di Hotel hampir setiap hari. Apa kata anda mencuba di warung nasi campur atau restoran padang setempat. Mahu lebih jimat lagi? Beli roti atau oat ditambah bijirin dan makan di penginapan untuk pagi dan petang. Itulah 4 kesilapan yang membuat anda melakukan pembaziran besar bercuti ke Bali. Apa yang anda harus pertimbangkan adalah pilih waktu bercuti yang bersesuaian, soal pengangkutan harian, menginap di homestay dan pilih restoran yang menyediakan masakan tempatan. Pasti akan lebih jimat! Sumber: murai.my