Tahukah anda mata merupakan salah satu organ dalam badan manusia yang sangat sensitif dan perlu dijaga dengan rapi. Ada beberapa sakit yang boleh jejaskan kesihatan mata seperti sakit katarak, rabun mata dan glaukoma. Kalau korang nak tahu, penjagaan kesihatan dan pemakanan seimbang sangat penting untuk memastikan mata dapat berfungsi dengan baik. Selain itu, kebersihan mata terutama sekali bagi orang yang selalu pakai makeup terutama eyeliner juga perlu dititikberatkan.
Menerusi satu perkongsian video oleh seorang gadis di TikToknya @zahragirlytalk ini, dia ada memuatnaik satu video menjelaskan tentang cara cuci mata dengan bersih untuk elak jangkitan kuman. Gadis ini yang lebih dikenali sebagai Zahra menyatakan di awal videonya bahawa kalau eyeliner atau serbuk eyeshadow termasuk dalam mata, ia boleh menyebabkan jangkitan kuman. Zahra turut menegur yang air micellar dituangkan dekat dalam mata adalah cara yang salah untuk cuci mata. Take note tau korang. Video, klik link
Seterusnya, TikTokers ini ada mencadangkan tentang satu produk yang dapat membantu untuk cuci mata dengan bersih terutamanya bagi orang mudah mengalami iritasi mata disebabkan oleh debu, kotoran, pencemaran dan makeup yang tak dicuci dengan baik. Produk tersebut ialah ‘Rohto Eye Wash’ yang korang boleh dapat dekat Watsons atau Guardian. Produk ini didatangkan sekali dengan squeeze cup dan cara nak guna senang sahaja iaitu korang tuangkan eye wash dalam squeeze cup. Antara komen warganet.
Seterusnya korang kena letak mata dekat permukaan cup tadi dalam keadaan mata terbuka. Lepastu korang picit cup tadi dan kelip mata selama 30 saat. Air lepas cuci mata tu korang boleh buang sebelum nak cuci lagi sebelah mata. Mudahkan. Di akhir video, TikTokers ini menunjukkan bukti bahawa ada lagi saki baki maskara dekat tisu selepas lap mata walaupun selepas guna eye wash tersebut. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet baru tahu tentang produk ini dan setuju dengan perkongsian Zahra yang sangat berinformasi. Sumber, lobak merah