Umum lagi memang kita ketahui kaum lelaki semakin gemar memakai bengkung bagi tujuan kesihatan. Penggunaan girdle atau bengkung lazimnya digunakan oleh golongan wanita ketika berpantang untuk tujuan kesihatan dan kecantikan. Namun seiring dengan perubahan masa dan transformasi bengkung itu sendiri, kini semakin ramai golongan lelaki turut memakai bengkung terutamanya bagi menyorokkan perut buncit. Permintaan bengkung untuk lelaki semakin tinggi namun produk khusus untuk kaum Adam tidak dijual di pasaran sehingga memaksa mereka membeli bengkung wanita dengan saiz atau ukur lilit pinggang lebih besar. Melihat kepada peluang tersebut, jenama bengkung, Rozawa tampil dengan inovasi baharu yang khusus untuk kaum lelaki dengan menampilkan produk diberi nama Zuko Men’s Girdle.
Hartini tampil dengan produk bengkung khusus buat lelaki selepas mendapat permintaan tinggi.
Pengasas Rozawa, Hartini Halim berkata, penggunaan bengkung mungkin sekadar mitos untuk kelihatan cantik tetapi pada aspek kesihatan ia mampu menyokong masalah tulang belakang dan memulihkan tubuh selepas bersalin atau menjalani pembedahan besar. Jelas Hartini, bengkung juga dapat membantu menyokong otot abdomen sekaligus mengurangkan perut buncit daripada kelihatan dan sakit pinggang. “Kami mahu golongan lelaki menikmati manfaat ini dan bengkung ini khusus untuk lelaki ini cukup sesuai dipakai pada musim hari raya supaya tampil yakin dalam persalinan baju Melayu. “Ia mampu mengurangkan saiz perut sehingga tiga inci serta merta dan menambah keyakinan diri bagi yang mengalami masalah perut buncit,” ujarnya. Bagaimanapun Hartini tidak menafikan, kehadiran bengkung Zuko Men’s Girdle ini turut mengundang prejudis dan persepsi kurang enak dalam kalangan masyarakat.
Hartini dan Shah Rizan pada majlis pelancaran Zuko Men’s Girdle baru-baru ini.
Ini termasuk tentang kaum lelaki yang dilihat tidak sesuai menggunakan girdle memandangkan ia untuk orang perempuan. “Memang ada berbaur negatif sambil menyifatkan bengkung itu hanya sesuai dipakai perempuan. Tapi pada akhirnya kami percaya manfaat bengkung itu sendiri akan menyerlahkan sisi positif. “Ia bertujuan untuk menyokong tulang belakang, memperbaiki postur badan, serap peluh, menghilangkan perut buncit, mengatasi masalah sakit pinggang dan sebagainya,” jelasnya. Selain Zuko Men’s Girdle, Razowa turut terkenal dengan produk seperti Bengkung 3 Saat, Ele Girdle dan Saunami Firming Cream. Ketua Pegawai Eksekutif, Shah Rizan Ahmad menjelaskan bengkung lelaki itu dihasilkan atas permintaan ramai dan pihaknya mengambil masa selama dua tahun melakukan proses penyelidikan dan pembangunan (R&D).
Ciri-ciri bengkung yang direka khas bagi memberi keselesaan kepada si pemakai.
Hasil kaji selidik yang dilakukan juga kata Shah Rizan mendapati, lelaki yang berdepan masalah perut buncit disebabkan gaya hidup serta pemakanan tidak seimbang. “Produk ini dihasilkan selepas mengambil kira terdapat lelaki yang mengalami masalah perut buncit dan golongan aktif bersukan tetapi mempunyai masalah sakit pinggang dan sebagainya. “Jadi bengkung ini kami hasilkan semua lelaki, paling penting menggunakan material sesuai dengan iklim negara kita. Fabrik digunakan sejuk dan selesa dalam apa juga keadaan,” jelasnya. Antara ciri lain pada bengkung itu adalah poket berlubang di bahagian alat sulit juga tidak perlu dibuka dan tidak sukar sekiranya ingin ke tandas. Ia juga mempunyai ciri empat tulang yang mengelakkan ia bergulung dan material digunakan juga tidak ‘gatal’. “Hendak mendapatkan rekaan yang betul-betul tepat, kita perlu mengubahnya beberapa kali sebelum betul-betul sempurna dipakai seorang lelaki,” ujarnya. Sumber, mstar