Ramai yang tidak gemar memakai kaca mata kerana bagi sesetengah individu kaca mata hanya akan memberi impak negatif yang membuatkan rupa atau penampilan menjadi tidak menarik. Namun, seiring dengan teknologi perubatan kini yang semakin berkembang mengikut arus permodenan, industri perubatan telah menemui banyak solusi untuk mengembalikan penglihatan bagi induvidu yang rabun. Ini termasuklah rawatan surgeri laser seperti LASIK dan PRK yang ternyata berkesan dan hanya mengambil masa yang singkat bahkan tidak menyakitkan.
Walau bagaimanapun, tidak semuanya mampu menjalani rawatan surgeri laser ini kerana kosnya adalah tinggi memakan lebih RM3000 hingga RM7000. Oleh itu, sebagai orang yang beragama, kita perlu yakin bahawa setiap penyakit ada cara ubatinya. Kalau tidak, takkanlah orang dulu-dulu boleh sembuh meskipun tiada teknologi moden kan? Seperti yang dibincangkan dalam rancangan popular The Dr. Oz Show, kami kongsikan tiga cara untuk memulih di samping meningkatkan penglihatan dengan cara semula jadi. Orang yang tidak rabun pun boleh menggunakan cara-cara ini untuk mengekalkan kesihatan mata mereka!
Makan Untuk Penglihatan Yang Jelas. Pelihara mata anda melalui pemakanan! Mata memerlukan beberapa nutrien untuk berfungsi dengan baik. Vitamin A,C, E dan mineral seperti zink adalah nutrien asas untuk mata. Makan banyak sayur berdaun hijau, kuning telur, lada benggala kuning, labu, ubi keledek dan lobak merah kerana ia mengandungi khasiat antioksida yang dapat mengelak keterjejasan yang disebabkan matahari. Tahukah anda bahawa kajian mendapati mengambil sayuran warna kuning dan hijau dapat mengelak sebarang penyakit yang boleh sebabkan mata buta.
Bawang putih, bawang besar dan bawang merah pula mengandungi kandungan sulfur yang akan memelihara pembentukan katarak pada mata. Beri biru, anggur secara tidak langsung mampu pulihkan penglihatan. DHA iaitu sejenis asid lemak yang ditemui dalam ikan air sejuk seperti salmon, sardin, makerel dan kod pula boleh menyokong sel untuk menyumbang kesihatan pada mata. Boleh juga Lakukan Senaman Mata. Senaman mata ringkas ini sekurang-kurangnya dapat mengekalkan penglihatan optimal. Lakukan senaman mata sejurus bangun tidur, sebelum tidur atau pada bila-bila masa ketika mata anda letih.
Tetapi pastikan jari anda bersih kerana mata mudah terkena jangkitan kuman. Lakukan setiap hari anda pasti dapat lihat kesannya dalam masa satu bulan! Gosokkan tapak tangan anda untuk menghasilkan haba panas. Tekap tapak tangan pada kedua belah mata sambil mata ditutup selama 5 saat. Ulang sebanyak 3 kali. Pusingkan bebola mata anda. Mulakan dengan mata pandang ke atas dan dengan perlahan putarkan ia sebanyak 10 kali mengikut arah jam.
Pegang pen pada aras bahu di hadapan anda. Fokuskan pandangan mata pada pen tersebut dan perlahan-lahan dekatkan pen sehingga ke bahagian batang hidung anda dan jarakkannya kembali ke posisi asal. Dekat dan jauhkan pen sebanyak 10 kali. Urut penjuru dahi. Gunakan tulang sambungan ibu jari anda, tekan lembut penjuru dahi dan urut dalam gerakan membulat sebanyak 20 kali untuk arah jam dan 20 kali lagi untuk arah sebaliknya. Ulang urutan di kawasan atas kening, di bawah mata dan di kedua belah penjuru sisi hidung. Bersandar, pejam mata, relaks dan rehat selama 3 minit.
Dapatkan tidur yang cukup. Tidur akan membiarkan mata berehat sepenuhnya, membaiki dan memulih secara semula jadi kondisinya. Tidur yang tidak cukup hanya akan melemahkan penglihatan. Jadi, sila tidur 8 jam setiap malam. Lebih-lebih lagi buat individu yang kerjanya perlu menghadap komputer setiap hari, sila cari sekurang-kurangnya 1 jam untuk alihkan pandangan mata anda ke tempat lain. Rehatkan penglihatan anda. Jika mata anda terlalu penat, berasa perit dan tidak selesa, baring dan letakkan hirisan timun pada kelopak mata. Ia akan memberi sensasi kesejukan buat mata seterusnya melegakan kepenatannya. Selamat beramal SUMBER -Dr. Mao Shing Ni seperti ditonton dalam siri The Dr. Oz Show
Sumber: Petua Ibu
Boleh Mencuci Paru Paru Orang Yeng Merokok. Ini Antara Khasiat Lobak Merah Yang Ramai Tak Tahu.
Lobak merah atau nama saintifiknya Daucus carota merupakan sejenis tumbuhan yang menyimpan makanannya dalam ubi. Ia digunakan oleh manusia sebagai makanan. Lobak merah dikelaskan sebagai sayuran dan menjadi bahan masakan utama yang digunakan secara meluas dalam masakan di Asia. Lobak merah ini dikatakan mempunyai minyak dan vitamin lengkap seperti A, B dan C, garam, potasium, kalsium, potasium dan alpha karotin.
Menurut herbalis Nichiolas Culpepper, dalam bukunya ‘The Compelete Herbal’ lobak merah berupaya memecah angin, menyembuh luka, meningkatkan kekerapan kencing dan memecahkan batu karang. Sekiranya daun dihancurkan dengan madu boleh menyembuh luka dan knsr. Lobak merah sangat baik untuk kulit kerana mempunyai Vitamin A dan antioksidan yang akan melindungi kulit daripada sinaran matahari. Selain itu, ia dapat menghalang pertumbuhan jerawat, kulit kering, kedutan pra-matang dan membantu anda untuk mendapatkan kulit yang lebih cerah dan sihat.
Lobak mempunyai sifat membersih yang kuat serta berkesan dalam detoksifikasi hati dan amat berkesan untuk merawat jerawat yang disebabkan oleh toksin daripada cairan merah. Sayuran ini berfungsi untuk merawat tona kulit tidak sekata disebabkan oleh pigmentasi. Vitamin A dan Nutrisi lain yang terkandung dalam lobak merah, dapat menyuburkan kulit, mencegah kulit kering dan mencegah kecacatan kulit yang lain. Jus lobak merah boleh dijadikan sebagai minuman dan ia juga digunakan untuk membaiki keadaan kulit kita. Selain itu, ia juga berguna untuk merawat tona kulit tidak sekata disebabkan oleh pigmentasi. Vitamin A dan nutrisi lain yang terkandung dalam lobak merah adalah sangat berkesan untuk menyuburkan kulit, mencegah kulit kering dan mencegah kecacatan kulit yang lain.
Ini pun berita baik juga untuk mereka yang nak awet muda. Lobak merah dipercayai dapat membantu melambatkan penuaan sel-sel dan pelbagai kesan negatif yang dikaitkan dengan penuaan. Ia juga kaya dengan beta-carotene yang berfungsi sebagai antioksidan untuk membantu badan melwn radikal bebas. Selain itu, lobak merah boleh merawat mata anda dan mengekalkan penglihatan yang lebih baik. Ini kerana dalam lobak terkandung vitamin A dan B. Retina mata kita memerlukan vitamin A untuk berfungsi. Dalam retina, vitamin A akan berubah menjadi rhodopsin, pigmen ungu yang perlu untuk penglihatan.
Kekurangan vitamin ini akan menyebabkan rabun malam. Lobak amat sesuai dimakan untuk anda yang mengalami masalah mata. Beta-carotene membantu melindungi daripada degenerasi macula dan perkembangan katarak. Mengamalkan makan lobak merah juga dipercayai dapat mengurangkan tahap kolesterol dalam jantung. Ini kerana, serat larut dalam lobak merah boleh membantu menurunkan paras kolesterol dalam cairan merah.
Lobak merah juga baik untuk menguatkan sistem pertahanan badan untuk melwn penyakit. Lobak merah mengandungi beta carotene, vitamin B dan C , alpha carotene, klasium, dan potasium . Ia adalah baik untuk menguatkan sistem pertahanan badan untuk melwan peyakit. Lobak membantu untuk membuang toxic dalam badan. Ini kerana lobak merah mempunyai sifat membersih yang kuat serta berkesan dalam detoksifikasi hati dan amat berkesan untuk merawat jerawat yang disebabkan oleh toksin daripada cairan merah. Lobak merah juga berfungsi untuk mengubati penyakit kembung perut di kalangan kanak-kanak.
Berdasarkan kajian dari Universiti Harvard, sesiapa yang kerap makan lebih daripada enam biji lobak merah dalam seminggu, peratus untuk mengalami ‘stroke’ adalah lebih rendah berbanding mereka yang hanya makan sebijik lobak merah sahaja dalam seminggu. Lebih menarik lagi, anda juga boleh amalkan makan lobak bagi mendapatkan gigi yang cantik. Lobak bertindak sebagai penghakis semulajadi yang membantu dalam menghapuskan kotoran yang terlekat pada gigi dan gusi. Lobak juga mengandungi mineral semulajadi yang dapat membantu membunuh kuman di dalam mulut dan mencegah kerosakan gigi.
Karotin dalam lobak merah menghalang pertumbuhan dan pembiakan knser. Kajian menunjukkan dengan makan lobak boleh membantu mengurangkan risiko knsr payudara, knsr paru-paru dan knsr kolon. Ini kerana lobak merah mengandungi Falcarinol yang dapat mengurangkan risiko terkena knsr. Falcarinol adalah racun perosak semula jadi yang terdapat dalam lobak yang melindungi akarnya dari penyakit kulat. Namun, ia tidaklah berbahaya kepada manusia tetapi dapat mencegah knsr. Bagi perokok tegar, kandungan minyak atrisi, rafanol dan rafarin dari lobak dapat meneutralkan racun rokok. Untuk mengatasi rasa sesak atau penyakit paru-paru akibat terlalu banyak merokok, boleh gunakan perahan air lobak. Minumlah air perahan lobak sekali setiap bulan.
Lobak juga dapat digunakan untuk pelangsingan. Ia dapat membantu mengurangkan keinginan makan kerana mengandungi enzim yang melancarkan pencernaan dan menghalang pengumpulan lemak dalam tubuh badan. Lobak adalah pilihan yang tepat bagi anda yang ingin menurunkan berat badan.Selain kaya potassium, lobak juga mengandung vitamin B6 dan vitamin C. Serat yang banyak terkandung dalam sayuran ini akan membuat anda kenyang lebih lama. Lobak merah juga berupaya untuk : Mengurangkan kandungan gula dalam badan. Mengubati kencing manis.
Mengubati gout. Merawat penyakit jantung. Membantu sistem penghadaman. Memanaskan badan. Melancarkan aliran haid. Melancarkan air kencing. Mengeluarkan kolestrol yang tidak baik dari badan. Meningkatkan kuasa ingatan seorang kanak-kanak kerana mempunyai banyak kalori membantu tajamkan ingatan kanak-kanak. Lobak merah boleh dibuat jus. Jusnya sangat berkhasiat dan dapat memberikan ketenangan setiap hari jika diamalkan minumnya. Selain bagus untuk mereka yang mengalami diabetis. Tapi mesti ‘original’ tanpa tambahan gula atau perasa lain.