Umum lagi kita ketahui pasangan selebriti romantik ini, Intan Ladyana dan suaminya, Harris Alif memilih tarikh 1 Ramadan untuk berkongsi wajah penuh wajah puteri sulung mereka bersama peminat. Sambil memuat naik foto kecil keluarga, Intan turut mendedahkan nama anak perempuan mereka, Evie Khadeeja. Serentak dengan itu, hantaran terbabit turut dibanjiri dengan respon peminat yang memuji kecomelan bayi mereka serta nama yang dipilih. Ini antara komen peminat “SubhanaAllah. Comeynya baby girl you ni. Besar cantik macam ibunya. InsyaAllah jadi anak yang solehah. Aminn….Tahniah dear, selamat berpuasa,” coret rakan artis, Serina Redzuawan.“Comel sangat. Cute sangat-sangat. Semoga membesar jadi anak yang solehah dan menjadi penyejuk hati ibu ayah. Ameen,” tulis seorang peminat. “Cute like Mom dan Dad, masyaAllah,” reaksi yang diberikan peminat lainnya. “Allahuakbar, cantiknya kurniaan Allah,” antara komen yang tertera. “MasyaAllah comel baby secantik namanya,” komen peminat. Imbas kembali, Intan dan Harris mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2021. Intan kemudiannya selamat melahirkan anak perempuan, Evie Khadeeja pada 31 Januari lalu. Sumber : media hiburan
Harris Alif tak kekok dukung anak, Intan Ladyana lahir bayi perempuan. Pelakon Intan Ladyana selamat melahirkan anak pertama pada lewat malam Isnin. Berita tersebut dikongsikan suaminya yang juga pelakon dan penyanyi Harris Alif menerusi satu hantaran Instagram. “Alhamdulillah, Syukur Ya Allah. 11.40 malam, 31/1/2022,” tulis Harris secara ringkas. Terbaru Harris memuatnaik gambar dia mendukung bayi pertama mereka. “Puteri sulung daddy dan mummy. Terima kasih semua atas doa yang baik,”ucapnya. Khabar gembira tersebut turut disahkan ibu Harris iaitu Khalizah Abdul Khalid ketika dihubungi oleh mStar.
Pasangan ini sepakat merahsiakan jantina bayi ketika disahkan hamil
“Syukur, terima kasih yang ucapkan tahniah. Saya tak boleh nak beritahu banyak kerana tidak bersama mereka. “Harris masih berada di hospital,” ujar ibunya kepada mStar. Pada petang Isnin, Harris berkongsi foto bersama Intan ketika berada di hospital selain memohon doa untuk permudahkan urusan bersalin. Harris, 23, dan Intan, 40, berkahwin pada 5 Februari 2020 di Kuala Lumpur. Pasangan ini sepakat merahsiakan soal kehamilan namun perubahan pada Intan mula dihidu peminat sejak hujung tahun lalu. Intan juga pernah dikejarkan ke hospital setelah disahkan positif Covid-19 ketika hamil pada Disember lalu. Sumber, mstar