Cantik dengan busana merah jambu, Rupanya baju Yuna pinjaman daripada Artis terkenal indonesia

Umum sudah kita ketahui syawal tahun ini disambut dengan meriah apabila adik beradik dan saudara mara dapat berkumpul bersama bagi merasai kemeriahan Aidilfitri. Tidak ketinggalan Yuna yang berada di Los Angeles juga turut pulang ke tanah air untuk menyambut Syawal bersama. Yuna Pulang Ke Malaysia, meninjau di laman Instagram, Yuna ada berkongsikan kepada peminat gambarnya bersama suami berbuka puasa pada hari terakhir di KLCC dan juga turut mengucapkan Selamat Hari Raya kepada peminatnya. Ini jelas menunjukkan bahawa Yuna telah pulang ke Malaysia terlebih dahulu sebelum Syawal.

Pinjam Baju Bunga

Yuna juga ada berkongsikan gambar Raya bersama suami di Kuala Kangsar, Perak. Dalam gambar tersebut, Yuna kelihatan anggun memakai busana berwarna merah jambu bersama suami. Dalam kapsyen gambar tersebut, dia menyatakan bahawa baju yang dipakainya itu adalah baju pinjaman dari Bunga Citra Lestari. Mengeluarkan Tiga Lagu Baharu, perkembangan terkini, Yuna telah baru sahaja mengeluarkan tiga lagu baharu dari albumnya. Untuk peminat-peminat Yuna, anda boleh dengarkan lagu terbaru Yuna di platfom musik Spotify, Apple Music, deezer dan pelbagai lagi. Sumber, murai

Yuna nak balik AS siapkan album, dah lama terkandas di Malaysia. Kuala Lumpur: Penyanyi terkenal Yuna, 35, meluahkan hasrat untuk kembali semula ke Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) bagi meneruskan kerjaya muziknya selepas lebih setahun berada di tanah air, sejak Mac tahun lalu. Yuna berkata, dia tidak menyangka sudah lebih setahun ‘terkandas’ di Malaysia akibat penularan  pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia. Biarpun tidak memperincikan jangkaan waktu dia akan berlepas ke AS, Yuna atau nama sebenarnya, Yunalis Mat Zara’ai berkata, dia mahu pulang ke sana demi meneruskan kerja-kerja pembikinan album terbarunya.

Katanya “Saya akan kembali ke Los Angelas dan meneruskan kerja-kerja pembikinan album terbaru saya. Insya-Allah, album berkenaan akan saya lancarkan pada hujung tahun ini. “Saya juga akan memastikan dapat berulang-alik ke Malaysia demi memastikan kesejahteraan keluarga saya sentiasa terpelihara,” katanya. Melihat keadaan pandemik yang tidak menentu di negara ini hingga menjejaskan beberapa ekonomi jenama tempatan, Yuna tetap menzahirkan sokongannya tidak kira ia jenama yang kecil atau besar. “Ramai yang tahu saya memang gemarkan jenama-jenama tempatan sama ada kecil atau besar sejak dari dulu lagi.

Katanya lagi “Saya biasanya akan kongsikan dengan keluarga dan peminat, tapi kini saya rasa cara itu masih belum lagi boleh dianggap menyeluruh. “Ditambah sekarang, banyak usahawan tempatan mengalami kekangan kewangan dalam memastikan perniagaan mereka terus berkembang. Apapun, saya amat menyokong perniagaan anak tempatan dan sudah lama berhasrat mahu memainkan peranan yang lebih besar dalam aspek itu,” katanya. Baru-baru ini, Yuna dilantik sebagai wajah rasmi, myIOU iaitu sebuah syarikat ‘fintech’ dan kewangan digital.

Tambah Yuna, dia berharap pelantikannya sebagai wajah rasmi  myIOU dapat memberi kesedaran dan mesej kepada orang ramai.  “Bagi saya, kerjasama dengan myIOU ini tiba pada masa yang tepat kerana saya memang mencari peluang untuk membantu usahawan tempatan demi kelangsungan perniagaan mereka.  “Dengan adanya perkhidmatan Beli Sekarang Bayar Kemudian yang ditawarkan oleh pihak myIOU, saya pasti ia dapat membantu bukan saja peniaga tetapi, pelanggan juga,” katanya. Sumber, harian metro

Exit mobile version