Ada yang mengutuk sebab bagi anak makanan frozen, tak boleh berdiam sekali Ryzal dedahkan sesuatu pasal Maryam yang ramai tak tahu

Menjadi seorang ibu bukanlah suatu perkara yang mudah terutama buat mereka yang mempunyai anak kecil. Di Instagram, personaliti media sosial iaitu Ryzal Ibrahim berkongsi rutin harian isterinya iaitu Maryam tatkala menyediakan makanan buat anak sulung mereka, Rina. Bagi memastikan anak sulung mereka sentiasa sihat dan terjaga dengan baik sepanjang masa, Maryam akan memasak dan menyediakan makanan bayi setiap malam. Tidak kenal erti penat, Ryzal sangat kagum dengan isterinya sendiri. Ujar Ryzal, Maryam melakukan semuanya secara sendiri sejak waktu pagi hingga ke malam.

Beberapa hari lepas Maryam datang tunjukkan saya mesej seorang ni yang gelakkan Maryam bagi anak makanan frozen? Saya tengok setiap story Maryam dia reply seperti tiada sijil UPSR. Saya dah malas nak layan sebenarnya tapi tengok riak muka Maryam macam terasa seperti dia ibu yang tidak sayangkan anak bagi makanan frozen. Saya bagitahu Maryam orang macam ni dia nak perhatian saja, sebab Maryam tak pernah reply mesej dia rasanya. Saya minta Maryam block dia, Kalau dia disini, minta ‘unfollow’ kami. Maryam dari awal pagi sampai sebelum tidur, hampir semuanya dia buat untuk Rina sehinggakan diri sendiri tak terjaga. Makanan ‘baby’ tu Maryam buat tiap malam untuk makan esok pagi sampai makan malam. Klik sini untuk lihat video.

Menerusi posting yang dikongsikan juga, Ryzal meluahkan rasa sedih apabila ada segelintir individu memperlekehkan usaha yang dilakukan oleh isterinya. Jelas Ryzal, dia menasihati Maryam supaya ‘block’ kesemua akaun yang tinggalkan komen negatif terhadap mereka. Sehingga sekarang, Maryam tak pernah beli makanan ‘baby’ di luar, semuanya dia buat sendiri. Malah, ketika balik Kelantan, kami sanggup bawa Sterilizer, Baby Mattress, Food Processor dan barang lain hantar dengan kereta ke Kelantan khas untuk Rina. Kami balik naik flight sebab risaukan jarak perjalanan yang jauh kerana Rina. Seorang ibu akan faham Maryam dan apa kami buat demi anak. Di akhir posting, Ryzal menyatakan bahawa hanya seorang ibu yang akan faham perasaan Maryam dan apa yang mereka cuba lakukan. Sumber, https://news131media.com/

Exit mobile version