Pelawak dan pengacara, Jihan Muse akui pengalaman hamil anak kedua memberikan sedikit perbezaan buat dirinya.Menurut Jihan, faktor usia menyebabkan dia menjadi cepat letih ketika melakukan sesuatu aktiviti. “Kali ini berbeza sebab faktor usia jadi penat dia memang lain macam. Itu pun antara sebab saya tidak bekerja sebelum ini. “Selain itu saya juga nak kena jaga anak. Semuanya buat sendiri sebab saya tak ada pembantu rumah. “Lepas tu umur kita juga sudah meningkat, penat memang penat tetapi semangat tu buat kita rasa gembira. “Saya dan suami yang buat semuanya.
Kalau nak cakap mengenai teruja nak sambut kelahiran, ya memang teruja. Sebab kami berdua memang menunggu,” katanya ketika ditemui Gempak. Selain itu, Jihan juga berkongsi tarikh jangkaan bersalinnya adalah pada bulan September. “Kalau ikutkan tarikh jangkaan bersalin saya adalah pada bulan September. Jadi kalau bekerja pun mungkin dalam sebulan lagi mungkin boleh lah kot. “Saya rasa mungkin macam one off begitu. Saya masih ambil tawaran kerja tapi yang ringan-ringan sahaja.” jelasnya. Sebelum ini Jihan mendedahkan dia mendapat tahu tentang kehamilannya pada waktu yang sama positif COVID-19.Jihan mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Ungku Hariz pada 20 Mac 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Ungku Arsalan Haq, 5 tahun. Sumber, gempak
Hamil 6 Bulan, Kini Jihan Muse Dedah Dapat Tahu Mengandung Anak Kedua Saat Dijangkiti CvdI9. Pengalaman di hospital buat Jihan lebih menghargai nyawa sendiri. Berkali-kali diusik sedang berbadan dua, pengacara Jihan Muse akhirnya membuka mulut berkongsi berita gembira dirinya kini sedang hamil anak kedua dan usia kandungan sudah memasuki enam bulan.
Jihan atau nama sebenarnya Nur Jihan Musa, 39, memberitahu dia mendapat tahu tentang kehamilan tersebut selepas melakukan ujian saringan CvdI9 untuk bertugas sebagai pengacara Anugerah Meletop Era 2021 (AME2021) yang sepatutnya diadakan pada Januari lalu. Gara-gara dijangkiti CvdI9 ketika itu, dia terpaksa dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh untuk tujuan pemantauan.
“Masa saya buat ujian saringan dapat tahu dua positif. Satu positif CvdI9 dan satu lagi saya sudah hamil. Disebabkan itu saya dimasukkan ke hospital. Syukur saya tidak mengalami sebarang simptom yang teruk. Tetapi ketika berada di wad ibu mengandung saya melihat ramai yang lebih teruk. Berada di hospital selama 10 hari mengajar saya untuk lebih menghargai kehidupan,” katanya.
Tidak berkongsi tentang berita kehamilan tersebut kepada umum, kata Jihan dia mengikut nasihat keluarga supaya tidak bercakap hal tersebut di awal kehamilan. Tambahan pula dirinya ketika itu sedang dijangkiti CvdI9 membuatkan Jihan tidak membuat sebarang pengumuman. “Saya ikut nasihat keluarga supaya tidak berkongsi berita kehamilan terlalu awal kerana belum pasti apa akan terjadi. Tambahan pula dijangkiti CvdI9 lagilah membuatkan saya tidak mahu berkongsi.
Berada di hospital selama sepuluh hari mengajar saya untuk lebih menghargai kehidupan
“Sebenarnya saya malu nak umumkan sedang hamil,” jelasnya. Jihan yang ditemui selepas acara AME2021 yang berlangsung di Putrajaya pada malam Ahad turut meluahkan perasaan gembira dengan kehamilan kali kedua ini. Hanya mengalami alahan teruk pada tiga bulan awal, Jihan juga memberitahu dia mengetahui jantina bayi dalam kandungan itu dan mahu menjadikan satu kejutan.
Dalam masa sama kemenangan dalam kategori Personaliti TV Meletop dianggap sebagai rezeki anak dan tanda sokongan peminat. “Saya dan suami gembira serta bersyukur kerana kami memang mahukan anak lagi. Usia anak pertama juga sudah empat tahun. Jadi rasanya ini masa terbaik nak tambah anak. Tiga bulan pertama memang mabuk teruk. Disebabkan faktor usia juga saya sering rasa letih dalam tempoh hamil kali ini. Kemenangan di AME2021 saya anggap sebagai rezeki anak. Ini juga adalah tanda sokongan peminat yang banyak kali mahu saya menang,” ujarnya. Untuk rekod Jihan mendirikan rumah tangga dengan pelakon Ungku Hariz pada 20 Mac 2016 dan mereka sudah dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ungku Arsalan Haq, 4 tahun. Sumber, Mstar
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.