KUALA LUMPUR, Pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana, 37, mungkin akan mempertimbangkan sekiranya orang ketiga yang didkwa mengganggu rumah tangganya dengan pengarah, Syamsul Yusof tampil dengan cara baik dengan mohon maaf dan minta izin untuk menjadi isteri nombor dua. “Jika awal-awal dia (orang ketiga) berbuat sedemikian, saya mungkin marah, tetapi akan juga mempertimbangkan. Tetapi, dia pula awal-awal mendra mental dan emosi, kemudiannya menyrng ibu mentua saya. Apabila ibu mentua menyekatnya, dia kacau pula adik-adik Syamsul. Apa benda?,” katanya. Puteri Sarah menjawab soalan diutarakan oleh pelakon, Nad Zainal menerusi sesi Instagram (IG) Live, beberapa jam lalu. Mahkamah arah Ira Kazar masukkan pernyataan pembelaan. Sesi IG Live itu dipercayai bagi memberi semangat kepada Puteri Sarah yang memfailkan tindakan saman di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di pejabat agama terhadap wanita dikenali sebagai Ira Kazar yang didakwa kekasih suaminya.
Menerusi sesi IG Live sekitar 24 minit itu, Puteri Sarah dalam perjalanan pulang dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) turut menjelaskan tujuannya mengambil tindakan undang-undang. “Sekarang, orang mempertikaikan tindakan saya nak saman. Tujuan saya, bukan nak ambil suami semula, itu mungkin berlaku empat tahun lalu. “Apa yang dilakukan demi menuntut hak saya dan anak-anak. Sekarang, saya hanya fikir anak-anak sahaja. “Saya buat dua tuntutan iaitu mengganggu ketenteraman saya sebagai kes civil. Saya laporkan kepada JAWI dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana gangguan rumah tangga dan dikategorikan sebagai jnyh. “Saya harap semua orang doakan perkara ini jatuh sebagai kes jnyh,” katanya lagi. Puteri Sarah dan Nad Zainal membincangkan topik orang ketiga dalam rumah tangga menerusi sesi IG Live, beberapa jam lalu. – Foto IG Nad Zainal
Puteri Sarah berkata, dia mahukan keadilan atas setiap kesusahan yang dihadapi sejak empat tahun lalu. “Jujurnya, saya nak buat macam-macam apabila perkara ini berlaku, empat tahun lalu. “Namun, masa itu, saya masih mahu menjaga aib suami dan keluarga. Disebabkan itu, saya bertahan selama empat tahun. “Ketika itu, saya fikir selagi boleh tahan, saya akan bertahan. Namun, lama kelamaan mentl saya pula asyik dikacau, jadi, cukup-cukuplah. Saya sudah penat. “Sepatutnya, saya hentam dan ganyang orang ketiga kerana ambil suami saya. Ini tidak, saya hanya berdiam diri. “Tetapi, dia pula ganggu saya seolah-olah saya rampas suaminya. Ini sudah terbalik,” katanya. Puteri Sarah berkata, dia mempunyai rakan yang menjadi isteri kedua. “Saya tengok rakan saya hormat isteri pertama, tak pernah kacau dan duduk diam sahaja. Itulah sepatutnya yang berlaku,” katanya.
Dalam masa sama, Puteri Sarah menegaskan, dia tidak menghalang poligami dan memohon kaum lelaki memahami ajaran agama sebelum menyatakan lelaki boleh berkahwin empat. “Ada orang anggap saya menghalang poligami. Kita kena faham satu perkara, Rasulullah berkahwin lain selepas Siti Khadijah wafat, bukan ketika isterinya masih hidup. Rasulullah juga tidak suka anaknya, Fatimah dimadkan. “Jadi, buat kaum lelaki nak berpoligami, cari bakal isteri baik daripada keturunan yang baik-baik,” katanya. Menerusi IG Live itu, ramai peminat mendoakan urusan Puteri Sarah dipermudahkan dan beroleh keadilan.
Siti Sarah Nak Pindah UK?
Dalam pada itu, Ini update IG Story miliknya undang tanda tanya,Terdahulu, peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Puteri Sarah memaklumkan, wanita yang did4kwa kekasih Syamsul diarah memasukkan pernyataan pembelaan terhadap tuntutan saman dikemukakan Puteri Sarah dalam tempoh sebulan bermula 4 Julai lalu. Mahkamah menetapkan 23 Ogos depan untuk pengurusan kes seterusnya. Kredit, bharian. Sumber, http://trendingsangat.pw/