Memang tak asing lagi kita dengan nama ini. Fizi enggan ulas khabar angin tinggalkan Suria FM. Ucapan rakan-rakan penyampai radio Suria FM kepada Fizi Ali memberi bayangan seolah-olah dia bakal menamatkan perkhidmatan di stesen berkenaan. Enggan mengulas lanjut, Fizi atau Mohd Hafizudin Alimudin, 33, memberitahu dia akan menjelaskan segala persoalanan tersebut dalam masa terdekat. “Saya tidak boleh kata iya atau tidak. Sekarang ini memang tidak boleh cakap apa-apa lagi dan tunggu sahaja pengumuman yang saya buat dalam masa terdekat.
Fizi bersama Suraya dan Ajak mengendalikan segmen Team Pagi Suria
Katanya lagi “Saya terpaksa kunci mulut berkaitan hal ini demi menjaga hati banyak pihak,” katanya ketika dihubungi mStar pada Sabtu. Fizi sebelum ini juga memuat naik gambar dia bersama Suraya Borhan dan Ajak yang merupakan rakan penyampai segmen Team Pagi Suria. Menerusi ruangan komen, Suraya sendiri mengucapkan tahniah untuk Fizi memulakan kerja di tempat baharu. “Selamat maju jaya di tempat baharu. Dekat je kalau nak singgah sarapan pagi dengan kami,” komen Suraya. Sementara itu Feeya Iskandar atau Cik Piah yang mengendalikan segmen Gaya Suria turut memberi komen supaya Fizi tidak akan melupakan mereka. “Fizi Ali, jangan lupakan kami,” ujarnya.
Saya sayang Suria
Apabila diminta menjawab khabar angin yang sedang diperkatakan ini, Fizi secara ringkas memberitahu dia masih sayangkan Suria FM. “Saya sayang Suria,” ujarnya. Fizi memulakan kerjaya di Suria FM pada Julai 2016 yang ketika itu bergandingan bersama Zulin Aziz dan Halim Othman menerusi segmen Ceria Pagi Suria. Sumber, mstar
Kecoh Pasal Fizi Ali Muat Naik Status Hilang Sabar Dengan Bekas Isteri, Tak Boleh Berdiam Sekali Ini Penjelasan Dari Tuan Badan Sendiri. SELEPAS memuat naik status hilang sabar dengan bekas isterinya iaitu Shakilla Khoriri, penyampai radio Suria FM iaitu Fizi Ali memilih untuk mengunci mulut daripada mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkongsiannya itu. Bercakap kepada mStar, Fizi berkata adalah lebih baik jika punca dan sebab dia berkongsi status berkenaan ditanyakan sendiri kepada Shakilla. “Perkara ini saya tidak mahu komen banyak, nanti takut ada pihak yang terkecil hati atau sebagainya. “Status tu lebih kepada luahan perasaan sebenarnya, mungkin ada yang terlebih di situ bagi tatapan umum. “Untuk perkara selebihnya saya tidak boleh komen secara lebih lanjut. Kalau nak tahu lebih lanjut tanya belah sana,” katanya. Untuk rekod, Fizi dan Shakilla mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ameena Soa yang kini berusia tiga tahun.
Pada Disember tahun lalu, Fizi memaklumkan hubungan mereka sudah berakhir namun tidak pernah menjelaskan punca perpisahan. Bagaimanapun selepas berpisah kedua-dua mengekalkan hubungan baik demi anak mereka. Pelakon Shakilla Khoriri tidak mahu mengulas lanjut mengenai status bekas suaminya, Fizi Ali yang didakwa meluahkan rasa marah kepadanya yang merupakan ibu kepada anaknya. Bercakap kepada Astro Gempak, Shakilla mendakwa hubungannya dengan Fizi hanya berada dalam keadaan baik. “Saya minta maaf ya. Saya tak tahu fasal status dia (Fizi). Mungkin boleh tanya dia sendiri. Saya pun tengah busy shooting sekarang ni. Sorry ya… “Ada ramai yang kongsikan fasal status dia ni. Saya tak nak komen apa. “Sebab saya pernah cakap, saya tak nak komen apa dah fasal saya dengan Fizi. Sebab saya rasa saya dengan dia baik-baik je,” ulasnya. Shakilla mengulas mengenai isu itu kepada Gempak menerusi aplikasi WhatsApp. Pagi tadi, Fizi memuat naik status di akaun Instagram (IG) story miliknya yang didakwa meluahkan rasa tidak puas hati terhadap ibu kepada anaknya. Menerusi status berkenaan, Fizi mendakwa dia menghormati Shakilla dan tidka membuka mulut mengenai hal rumah tangga mereka sebelum ini. Kredit, mstar