memang tak asing lagi kita dengan pelaon ini. Kalini Zara tampil berbeza dalam drama Honey Moon. Pelakon Zara Zya meluahkan rasa bimbang apabila dua drama lakonannya iaitu Honey Moon dan Risik Pada Hati kini ditayangkan secara serentak di saluran TV3. Tampil dengan dua genre berbeza, Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 37, tidak mahu penonton membandingkan lakonannya dalam dua drama tersebut selain bosan melihat wajah sama di kaca televisyen. “Takut juga nanti orang katakan asyik muka sama sahaja di televisyen. Sedangkan orang tidak tahu penggambaran salah satu drama itu sudah lama dilakukan. “Dua drama ini pula genre berbeza, jadi bimbang nanti orang akan bandingkan lakonan saya. Kalau boleh saya mahu dikenali sebagai pelakon versatil,” katanya kepada mStar.
Zara takut penonton bosan kerana banyak drama lakonannya ditayangkan serentak.
Zara ditemui ketika sidang media drama Honey Moon yang berlangsung secara atas talian pada Selasa. Menerima cabaran berlakon drama genre komedi, kata Zara ia bukanlah sesuatu yang mudah meskipun pernah menerima tawaran sebegitu sebelum ini. Sementara itu, Zara juga memberitahu dia bersikap lebih selektif dalam menerima mana-mana tawaran supaya dapat mengekalkan kualiti sebagai seorang pelakon.
Dua drama ini pula genre berbeza, jadi bimbang nanti orang akan bandingkan lakonan saya
Katanya “Berlakon drama komedi bukannya mudah. Susah nak buat orang terhibur dan bimbang jika lakonan nama tidak natural. Jadi dalam drama ini saya banyak mengikut idea pengarah. “Dalam menerima tawaran berlakon, memang saya memilih. Tetapi sekarang ini semua karakter yang diberikan sangat menarik, justeru tak perlu memilih,” ujarnya. Zara bergandingan bersama Ben Amir dalam drama arahan Pali Yahya itu.
Gandingan Zara dan Ben dalam Honey Moon
Drama Honey Moon ditayangkan di slot Lestary, TV3 bermula 16 Julai lalu. “Ketika awal di lokasi penggambaran, keserasian dengan Ben agak susah kerana dia pendiam dan banyak buat hal sendiri. “Jadi saya lebih mendekati dia untuk kurangkan rasa malunya. Ben adalah seorang pelakon yang sangat ‘memberi’ dan mudah bekerjasama,” jelasnya. Sumber, mstar