Umum memang kita kenali dengan pelakon ini. Fizo titip rasa terima kasih atas jasa dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh bekas Perdana Menteri. Berita tentang bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib yang disabit hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta masih hangat diperkatakan oleh orang ramai di media sosial. Apa yang berlaku pada bekas Perdana Menteri mendapat pelbagai tohmahan dan cemuhan masyarakat, namun ada juga yang memberi pendapat sebaliknya dengan memberi sudut pandangan yang rasional seperti pelakon dan usahawan Fizo Omar.
Bukan Untuk Diraikan
Murai MY menjengah ke Instagram Fizo, di mana pelakon dan usahawan ini menitip pesan agar masyarakat dapat memandang dari sudut yang berbeza dan bukan sekadar memberi sindiran tanpa henti apatah lagi meraikan nasib yang menimpa bekas Perdana Menteri tersebut. “Ramai yang memberi reaksi sindiran terutama mereka yang mempunyai pendapat politik yang berbeza. Pada saya momen ini adalah bukan untuk diraikan. Pandanglah dari sudut yang berbeza di mana ini adalah percaturan yang maha hebat Allah swr yang saya percaya ada mesej yang tersirat untuk kita semua.” Tulisnya
Kenang Jasa Dan Pengorbanan
Dalam entri yang ditulis Fizo, selebriti ini juga mendedahkan dia berpeluang bekerjasama dengan bekas Perdana Menteri dan menitipkan ucapan terima kasih kepada Datuk Seri Najib atas segala jasa dan pengorbanan yang telah dilakukan beliau. “Beberapa kali saya berpeluang berkerjasama dengan DNS, terlalu banyak kebaikkannya untuk saya ceritakan disini. Dan tidak dinafikan juga kita rakyat Malaysia dapat menikmatinya sepanjang kepimpinan DSN. Terima kasih saya ucapkan diatas jasa dan pengorbanan DSN.” Coretnya
Jadikan Sebagai Amaran
Fizo juga berharap dengan apa yang berlaku secara tidak langsung dapat membuka mata semua orang,terutama ahli politik dan juga para pemimpin bahawa sesiapa sahaja tidak terkecuali di bawah undang-undang negara. “Semoga berlakunya momen bersejarah ini, membuka mata semua pihak dan juga memberi amaran keras kepada ahli-ahli politik dan juga pemimpin-pemimpin kita. Bahawa Malaysia mempunyai undang-undang dan sesiapa pun tidak terkecuali di bawah undang-undang negara.” Tulis Fizo. Bak kata Fizo, pandang dari sudut yang berbeza. Apa pun kita doakan yang baik-baik saja. Sumber, murai