Niezam mengakui tempias ‘titik hitam’ yang dilaluinya itu banyak memberi keinsafan dan kini perlahan-lahan berubah menjadi insan yang lebih baik. “Jujur sekiranya saya tidak berpegang pada agama mungkin kepala saya sudah jauh melayang sehingga menjadi gila atau bunuh diri.. Minta maaf tetapi banyak yang sudah saya lalui. “Apa yang berlaku mungkin dilihat sebagai kenangan pahit atau titik hitam, namun saya mengambil pendekatan menjadikan insiden itu sebagai ubat.
Katanya “Isu kesihatan m3ntal ini kita tak boleh ambil remeh walaupun orang lain nampak luaran kita okay tapi sebaliknya tidak lebih-lebih lagi media sosial ada notifikasi yang kita boleh baca semua komen. “Dengan hanya membaca sahaja sebenarnya komen tersebut boleh jadi faktor kepada masalah m3ntal. Itulah yang saya alami sewaktu berdepan dengan insiden (kes d44ah) itu,” katanya. Niezam berkata demikian ketika ditemui pada majlis pra tonton filem Kan Cheong semalam.
Selepas tiga bulan turun naik mahkamah, pelakon Budak Pailang itu bersyukur apabila semuanya berakhir sekitar awal Januari lalu. Enggan terus membiarkan kesihatan m3ntalnya terganggu, pelakon berusia 30 tahun itu membuat keputusan untuk menetap bersama keluarganya di Ipoh, Perak. Kata Niezam, biarpun berdepan dengan masalah, keluargalah orang pertama yang akan sentiasa di sisi memberikan sokongan. “Fokus saya ketika ini adalah ketenangan, jadi saya mahu berada dekat dengan keluarga. Malah, mak saya sakit tiga serangkai dan papa saya pun sudah tua.
Kita tak tahu boleh hidup sampai bila… selagi boleh berjasa, saya akan buat yang terbaik. “Masa senang memang kita ramai kawan tapi bila susah, keluarga juga yang datang dulu. Saya ingat lagi masa di Kuala Kangsar, papa saya yang dah berusia 60 tahun datang ke sana untuk bantu selesaikan kes saya,” katanya. Sumber, harian metro