Nama pelakon Anna Jobling makin mendapat tempat dalam hati penonton selepas drama Melur Untuk Firdaus menjadi satu fenomena luar biasa. Bercerita mengenai populariti, Anna, 22, menegaskan dia sama sekali tidak menumpang aktor Meerqeen yang merupakan gandingan hero dalam drama itu. Kata pelakon berdarah kacukan Melayu-Inggeris, isu itu tidak patut timbul kerana dia dan Merqeen bekerja keras untuk menonjolkan bakat masing-masing. Kami bermula dari bawah dan naik dalam industri juga bersama-sama. Saya tidak pernah tumpang populariti dia, begitu juga Meerqeen.
Masing-masing berusaha keras
Kami bernasib baik apabila Melur Untuk Firdaus mencetuskan fenomena hingga kami diterima, bukan hanya di negara sendiri, tetapi juga Indonesia. Kami pernah bercakap tentang perkara ini. Meerqeen mengakui, kami tidak pernah menggunakan antara satu sama lain untuk kepentingan diri. Saya percaya pada rezeki. Jika nanti ditakdirkan peminat saya berkurangan kerana tidak lagi bergandingan dengan Meerqeen, saya terima.
Saya tidak melihat perkara itu sebagai masalah besar. Saya mahu peminat menyokong kerana mereka menerima saya seadanya. Anna berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta produk Jamu Mutyara di Puchong, baru-baru ini.
Pembekal tenaga
Bercerita sebagai duta, pemilik nama Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman menganggap sebagai rezeki selain turut mengamalkan produk ini untuk kekal bertenaga. Lembaran kerjaya saya pada tahun ini dilimpahi dengan rezeki yang tak terduga. Selain kerjaya lakonan, saya sifatkan tawaran ini sebagai rezeki untuk saya. Saya sangat bersyukur atas kesempatan ini. Saya sendiri menggunakan jamu ini untuk mengekalkan tenaga memandangkan saya mempunyai jadual yang sibuk sehingga ke hujung tahun.
Dalam pada itu, usahawan Tya Arifin berkata fokus utamanya dalam menghasilkan Jamu Mutyara adalah melalui bahan bahan yang berkhasiat selain mempunyai manfaat yang baik. Selalunya jamu kita bayangkan pahit tidak sedap. Sebab itu bila hasilkan Jamu Mutyara lima tahun lalu fokus saya adalah untuk pastikan jamu ini sedap selain mengekalkan khasiat sedia ada.
Melalui bahan-bahan dalam Jamu Mutyara ini sendiri anda boleh lihat kepentingan untuk tubuh badan kita terutamanya wanita. Melalui formulasi baharu ini kami hasilkan Jamu Mutyara tanpa gula. Namun di sebalik produk baharu ini apa yang penting khasiat yang tersedia dalam setiap produk Jamu Mutyara masih sama. Sumber, oh bulan