Umum kita kenali dengan pelakon lelaki ini. Perpisahan tidak pernah menutup pintu hati pelakon dan pengarah Datuk Afdlin Shauki untuk kembali rujuk dengan bekas isterinya, Maria Christina Orow Abdullah. Meskipun tidak pernah berbincang mengenai hal itu, Afdlin dan Christina yang berpisah April lalu menyerahkan sepenuhnya perkara itu kepada takdir sekiranya kembali bertemu jodoh. “Saya tidak pernah tutup hati untuk kami kembali bersama namun saya serahkan semuanya kepada jodoh dan kuasa Allah. “Selepas berpisah, kami tidak pernah berbincang tentang hal tersebut dan membiarkan keputusan (berpisah) yang dibuat sebelum ini.
Afdlin dan bekas isteri masih bersahabat baik.
Katanya “Sebelum lafaz talak di mahkamah, kami berpegangan tangan dan memohon maaf. Kami juga berpelukan buat kali terakhir sebelum melafazkan c3r4i,” katanya kepada mStar. Afdlin ditemui ketika sidang media pelancaran drama terbaharu berjudul Ai.5Ya yang berlangsung pada Rabu. Drama bersiri arahan Afdlin itu turut memperlihatkan Christina sebagai penulis skrip dan ia mula ditayangkan menerusi platform penstriman Viu pada 18 Ogos 2022. Mengulas mengenai kerjasama dalam berkarya, Afdlin tidak pernah melihat ia sebagai satu masalah memandangkan mereka sudah lama bersahabat baik dan akan kekal sebegitu. “Sebenarnya rasa pelik apabila sebut dia sebagai bekas isteri. Kami sudah berkawan lama dan akan terus kekal begitu. Dia adalah sahabat dan pasangan dalam kerja penulisan.
Sebelum lafaz talak di mahkamah, kami berpegangan tangan dan memohon maaf. Kami juga berpelukan buat kali terakhir sebelum sah berpisah. “Tak pernah rasa kekok untuk bekerjasama walaupun sudah berpisah malah kami sambut hari raya bersama meskipun sudah berpisah. “Kami masih berkawan, cuma bezanya sekarang tidak lagi tidur sekatil,” ujarnya. Sementara itu, Afdlin memberitahu perasaan paranoid sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) antara penyebab hubungan di antara mereka mula renggang. Sebelum berpisah, Afdlin dan Christina duduk bersama anak-anak bagi membincangkan masalah yang berlaku sebelum mereka setuju mengambil keputusan membawa haluan masing-masing.
Afdlin bersama barisan pelakon Ai.5Ya.
Katanya “Ketika tempoh pandemik sebelum ini keluarga saya jadi terlalu paranoid kerana saya sering kerja di luar sedangkan mereka tidak keluar rumah. Saya sendiri tidak akan pulang ke rumah selepas kerja jika ada masalah selsema. Itu antara faktor yang mengganggu keluarga kami. “Anak-anak menerima baik perpisahan ini. Kami duduk bersama di bulan Ramadan untuk berbincang. Mereka memahami jika ini adalah keputusan yang membuatkan kami gembira,” jelasnya. Afdlin dan Christina mendirikan rumah tangga pada 1997 dan hasil perkahwinan berkenaan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mia Sara, Anais dan Ileana Matin. Sumber, mstar