Aiman Tino dikejarkan ke hospital kerana sukar bernafas, Ibu Aiman tampil luah sesuatu buat ramai sebak

Umum memang kita kenali dengan penyanyi berbakat ini. Penyanyi Aiman Tino dimasukkan ke sebuah pusat perubatan swasta di Setapak di sini, semalam selepas mengalami kesukaran bernafas. Menjelaskan keadaan anaknya, ibu Aiman, Hazelina Mat Jalil berkata, Aiman mengalami gejala batuk berpanjangan. “Risau dengan keadaannya itu, kami bawa Aiman ke hospital untuk buat pemeriksaan. “Aiman kemudian ditahan wad untuk pemeriksaan lanjut. “Pemantauan juga dibuat bagi memastikan sama ada berlaku jangkitan kuman pada paru-parunya,” katanya kepada BH Online.

Hazelina berkata lagi , anaknya dikhuatiri terkena serangan asma walaupun dia tidak mempunyai sejarah sakit berkenaan. “Saya pernah nasihatkan Aiman supaya kurangkan atau berhenti daripada menghisap v4pe kerana bimbang kesihatannya terganggu. “Alhamdulillah, Aiman kini stabil dan perlu berehat serta menggunakan tabung oksigen untuk menstabilkan pernafasan,” katanya.

Aiman kini dilaporkan stabil dan mendapat bantuan pernafasan daripada tabung oksigen. Foto FB Hazelina Mat Jalil

Luahnya lagi sebagai ibu, dia mengakui amat risau dengan keadaan yang menimpa anaknya itu. Justeru, Hazelina berharap peminat dapat mendoakan kesejehteraan Aiman dan diberi kesembuhan segera. “Hati ibu mana yang tidak risau setiap kali anak-anak sakit. Saya sentiasa anggap anak-anak masih kecil apabila mereka sakit. “Sebab itu, saya lebih suka minta mereka segera dapatkan rawatan supaya doktor dapat memantau kesihatan mereka,” katanya.

Selanjutnya berita mengenai Aiman dikongsi Hazelina menerusi hantaran Facebook (FB) kira-kira sejam lalu. Melalui perkongsian itu, Hazelina memuat naik foto penyanyi Ku Rela Dibenci itu sedang terbaring di katil dengan menggunakan alat bantuan pernafasan. Tertera di foto itu adalah dengan kapsyen ringkas berbunyi: “Mak doakan Aiman Cepat Sembuh.” Sumber, awatttsyeikhh

Kuala Lumpur: Penyanyi Aiman Tino, 24, tidak tahu poster acara Karnival Dinosaur Born In Sabah di Lahad Datu yang dihadirinya semalam jadi tular dan dipertikaikan ramai. Aiman yang sepatutnya menjadi artis jemputan dipersenda sebagai ‘dinosaur’ dan ‘orang hilang’ kerana maklumat dalam poster terbabit mengelirukan selain reka grafiknya tidak menarik. “Saya sebenarnya pun baru tahu poster itu jadi perbualan ramai. Saya cuma memenuhi undangan penganjur dan menunaikan tugasan saya menghibur penonton di acara itu.

Katanya “Poster promosi itu semuanya disediakan penganjur. Saya tak mahu komen apa-apa berkenaan rekaannya sehingga tular dan saya okey saja tak kisah pun. “Saya dapati foto yang mereka gunakan pun foto lama saya. Tapi tak apalah asalkan saya ke sana pun untuk tujuan kerja dan tunaikan permintaan saya,” katanya. Poster promosi terbabit dikongsi sebuah laman Facebook milik Lahad Datu Info. Meninjau ruangan komen, kebanyakannya mengutuk rekaan terbabit yang disifatkan terlalu teruk. Tajuk poster itu membuatkan orang mempersendakan dengan dinosaur yang dimaksudkan adalah Aiman. Tidak ketinggalan di ruangan komen ia seperti poster orang hilang dan poster pilihan raya. Sumber, harian metro

Exit mobile version