Isu mengenai produk mengandungi bahan berbahaya seperti racvn berjadual dan disebut sebagai produk timbang kilo terus meraih perhatian warganet. Berdasarkan kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Seri Datuk Seri Dr Noor Hisham Abdullah, salah satu produk yang tersenarai ialah kosmetik Skin Dessert.
Susulan itu Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan (KKM) membatalkan notifikasi produk berkenaan termasuk empat lagi produk kosmetik kerana dikesan mengandungi racun berjadual. Berikutan hal yang dibangkitkan, pengguna produk khususnya kosmetik Skin Dessert merasa terpedaya kerana telah membeli produk ini.
Sehubungan itu pengasas Skin Dessert, Zirra Abdullah membuat hantaran di Facebook menegaska bahawa barang yang dijual adalah selamat diguna pakai. Dia turut berkongsi foto di hadapan pintu pagar utama Sirim.
“Laporan akhir untuk Skin Dessert kita reveal once done fully tested dan ikut prosedure standards. Bagi warganet yang kritik kata timbang kilo, saya fikir anda boleh fikir sendiri. Takkan la nak masuk lab kalau barang tak bagus,” katanya.
Walau bagaimanapun pengendali akaun Facebook Sirim menafikan pihaknya melakukan ujian bagi produk Skin Dessert. “Sirim Berhad ingin menegaskan bahawa Sirim Berhad tidak pernah menjalankan sebarang pengujian terhadap produk Skin Dessert. Untuk sebarang pertanyaan berkenaan pengujian produk kosmetik, sila hubungi kosmetik@sirim.my,” jelasnya di ruangan komen.
Komen warganet,
Sumber, Mstar Online