Memang tak asing lagi kita dengan wanita ini. Pelakon berkaliber yang mendapat jolokan ‘Primadona Malaya’, Nabila Huda menyifatkan kemenangannya pada Anugerah Seri Angkasa 2022 (ASA 2022), malam tadi sebagai pencapaian amat bermakna dalam karier lakonannya. Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Huda Suhaimi, 37, berkata dia amat bersyukur dengan kemenangannya yang meraih trofi Pelakon Pembantu Wanita Drama TV Terbaik menerusi telefilem Jeti arahan Janna Nick.
Katanya “Syukur, kita menang ‘Best Supporting Actress (Pelakon Pembantu Wanita). Sangat ‘happy’ (gembira). Terlalu ‘happy’ sebab itu adalah anugerah pertama saya untuk Anugerah Seri Angkasa. “Lagi satu pencapaian dalam kerjaya saya. Syukur Alhamdulillah. Terima kasih RTM, terima kasih Anugerah Seri Angkasa dan semua yang terbabit dalam telefilem Jeti,” katanya dalam ucapan ringkas dikongsikan di Instagram Story, sekitar beberapa jam lalu.
Nabila juga memaklumkan dia kini bercuti di Bali, Indonesia bersama keluarga iaitu suami dan anak perempuannya. Jelas Nabila, dia akan membuat rakaman ucapan untuk kemenangan itu dan akan dikongsi di media sosial kemudian nanti. Telefilem Jeti disiarkan di TV3 sempena Hari Raya Kedua Aidilfitri, pada tahun lalu turut dibintangi pelakon lain seperti Fauziah Nawi, Fifi Laura, Jay Iswazir, Josiah Hogan dan Shyrim Husni.
Rupanya, Ia mengisahkan kemelut kehidupan dilalui dua beranak iaitu Zaiton (Nabila) dan ibunya, Fatimah (Fauziah) yang terpaksa meneruskan kehidupan sebagai ibu tunggal apabila diceraikan selepas melahirkan anak. Terdahulu, ASA 2022 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) adalah majlis anugerah anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) yang ‘dihadirkan’ kembali bagi mewarnai industri hiburan tempatan. Sumber, harian metro