Umum ramai kenali penyanyi ini. Cinta pertama bagi setiap anak perempuan itu ialah ‘ayah’. Baru- baru ini media dikejutkan dengan pemergian ayah penyanyi tanah air iaitu Dina Nadzir atau nama sebenar Faradina Mohd Nadzir. Berikutan dengan berita duka yang dihadapi oleh Dina, dia mengambil keputusan untuk tidak membuat persembahan di Gegar Vaganza Musim 9. Tular di laman sosial Tiktok, video Dina menangis ketika melihat rakan seperjuangannya di GV mengantikan tempatnya sewaktu persembahan. Video tersebut telah dimuatnaik di akaun tiktok @Eiz
Dina Sebak
Menerusi video yang dimuatnaik oleh Eiz, Dina terlihat begitu luluh diatas pemergian ayahnya yang tercinta. Dina juga sebak ketika melihat persembahan yang sepatutnya dia sembahkan diganti oleh rakan seperjuangannya iatu Tom, Jac dan Shila di Gegar Vaganza pada minggu keenam.
“Semoga Terus kuat Dina”
Menjengah ke ruangan komen posting tersebut, ramai yang turut berduka atas pemergiaan ayahnya. Warganet juga mengatakan dia sangat rapat dan manja dengan arwah ayahnya. saya faham rasa kehilangan..bila abah pergi selamanya..percayalah rindu tiada noktahnya..salam takziah dina. Abah dina kena stroke lama. Dina yang kerap jaga abah dia. thats why dye terasa kehilangan sangat.. dina memang manja dengan abah dia, saya tgk Dina dari zaman Malaysian idol, dia sgt rapat dgn ayah dia, ayah dia treat dia mcm princess.salam takziah. Sumber, murai
Bapa kepada penyanyi Dina Nadzir iaitu Mohd Nadzir Gulam Kadir, 64, menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 8.10 pagi, Ahad. Allahyarham pergi buat selamanya akibat masalah p.4ru-p.4ru di sebuah pusat perubatan di Johor Bahru dan perkara itu disahkan oleh pengurus Dina dikenali sebagai Mickey. Mickey memaklumkan, arwh sebelum ini disahkan menghidap brh dan dimasukkan ke hospital beberapa hari lalu akibat masalah p.4ru-p.4ru.
“Arwh memang ada sakit brh. Baru-baru ini dia mengalami kegagalan p.4ru-p.4ru dan dimasukkan ke hospital sejak beberapa hari lalu,” katanya. Mickey turut memberitahu Dina bersama ahli keluarga lain berada di sisi Allahyarham ketika menghembuskan nafas terakhir. Sementara itu, jsd akan diuruskan di Tempat Persemadian Taman Impian Emas, Johor Bahru sebelum solat Asar pada Ahad.
Susulan berita sedih itu, Dina yang merupakan salah seorang peserta program Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) tidak akan membuat persembahan ada minggu keenam. “Semestinya Dina tidak akan membuat persembahan malam ini. Dia sempat melakukan sound check pada Sabtu sebelum kami memaklumkan keadaan bapanya yang semakin teruk. Dina pulang ke Johor sejurus menerima berita berkenaan,” katanya. Pada minggu ini, Dina sepatutnya menyampaikan lagu berjudul Januari nyanyian asal Glen Fredly. Sumber, Mstar Online