Ramai yang terharu melihat Intan Ladyana tampil bertudung semasa percutian, Peminat titip doa agar Intan Ladyana beristiqamah

Siapa tak kenal dengan pelakon ini. Pelakon Intan Ladyana menarik perhatian wargamaya apabila tampil mengenakan hijab di dalam foto terbaharunya bersama suami, Harris Alif dan anak perempuan mereka, Eviee Khadeeja. Menerusi laman sosial Instagram, Harris, 23, berkongsi foto terbaharu keluarganya yang kini sedang menikmati percutian di atas sebuah kapal persiaran mewah untuk tatapan umum. “Quality time,” tulis Harris.

Menerusi pekongsian itu lagi, Intan atau nama sebenarnya Intan Nurladyana Muhammad Yahaya, 40, kelihatan manis dan ayu mengenakan tudung jenis bawal sambil mendukung anaknya. Walau bagaimanapun, Intan masih tidak memuat naik atau berkongsi mengenai penghijrahan imej terbaharunya. Sementara itu di ruangan komen, penampilan pertama pelakon Adnan Sempit itu mengenakan hijab telah mengundang pelbagai respon yang positif daripada peminat mereka berdua.

Kata warganet lagi “Cantiknya Intan Ladyana bertudung,” puji seorang wargamaya. “Semoga kak Intan istiqamah. Awak sangat cantik bertudung,” ujar seorang wargamaya. “Masyallah cantik Intan bertudung. Moga istiqamah,” doa seorang wargamaya lagi. Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 20,000 tanda suka daripada pengikutnya. Sekadar info, Intan dan Harris mendirikan rumah tangga pada 5 Februari tahun lalu. Perkahwinan yang menjadi bualan hangat kerana jarak usia 17 tahun itu diserikan dengan kehadiran seorang cahaya mata perempuan pada awal tahun lalu. Sumber, gempak

MasyaAlllah Comel Baby Secantik Namanya, Ramai Peminat Puji Kecomelan Anak Perempuan Intan Ladyana Dan Haris Alif. Umum lagi kita ketahui pasangan selebriti romantik ini, Intan Ladyana dan suaminya, Harris Alif memilih tarikh 1 Ramadan untuk berkongsi wajah penuh wajah puteri sulung mereka bersama peminat. Sambil memuat naik foto kecil keluarga, Intan turut mendedahkan nama anak perempuan mereka, Evie Khadeeja. Serentak dengan itu, hantaran terbabit turut dibanjiri dengan respon peminat yang memuji kecomelan bayi mereka serta nama yang dipilih. Ini antara komen peminat “SubhanaAllah. Comeynya baby girl you ni. Besar cantik macam ibunya. InsyaAllah jadi anak yang solehah. Aminn….Tahniah dear, selamat berpuasa,” coret rakan artis, Serina Redzuawan.“Comel sangat. Cute sangat-sangat. Semoga membesar jadi anak yang solehah dan menjadi penyejuk hati ibu ayah. Ameen,” tulis seorang peminat. “Cute like Mom dan Dad, masyaAllah,” reaksi yang diberikan peminat lainnya. “Allahuakbar, cantiknya kurniaan Allah,” antara komen yang tertera. “MasyaAllah comel baby secantik namanya,” komen peminat. Imbas kembali, Intan dan Harris mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2021. Intan kemudiannya selamat melahirkan anak perempuan, Evie Khadeeja pada 31 Januari lalu. Sumber : media hiburan

Harris Alif tak kekok dukung anak, Intan Ladyana lahir bayi perempuan. Pelakon Intan Ladyana selamat melahirkan anak pertama pada lewat malam Isnin. Berita tersebut dikongsikan suaminya yang juga pelakon dan penyanyi Harris Alif menerusi satu hantaran Instagram. “Alhamdulillah, Syukur Ya Allah. 11.40 malam, 31/1/2022,” tulis Harris secara ringkas. Terbaru Harris memuatnaik gambar dia mendukung bayi pertama mereka. “Puteri sulung daddy dan mummy. Terima kasih semua atas doa yang baik,”ucapnya. Khabar gembira tersebut turut disahkan ibu Harris iaitu Khalizah Abdul Khalid ketika dihubungi oleh mStar.

Exit mobile version