Baru-baru ini, kes melibatkan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali telah mendapat perhatian ramai setelah 10 orang peguam pro bono yang mengendalikan kesnya telah menarik diri dengan alasan tidak berkelapangan. Difahamkan, Siti Bainun telah menangis di kandang saksi dan hakim juga meminta agar dia mencari seorang sahaja peguam yang lebih bertanggungjawab untuk meneruskan kes tersebut. Susulan daripada itu, peguam-peguam Siti Bainun telah teruk dikritik waranet termasuklah peguam selebriti, Nur Hafidzah Hassan yang menarik diri saat akhir.
Namun begitu, menerusi Instagramnya, dia telah menjawab beberapa komen yang bertanya tentang mengapa dia ‘tinggalkan’ Siti Bainun bersama peguam-peguam yang lain. Menurut Hafidzah, tiada sesiapa pun yang ‘meninggalkan’ pengasas Rumah Bonda itu dan ia bukan sesuatu perkara yang melucukan. Ujarnya, pertindihan tarikh menyebabkan mereka terpaksa menarik diri kerana beberapa kes telah ditetapkan tarikh lebih awal. Mereka juga sudah memaklumkan memang tidak berkelapangan pada Januari, Februari serta Mac dan telah memberitahunya sejak Disember lagi.
Kenyataan ringkas tapi padat yang dibuat oleh Hafidzah itu telah menjelaskan perihal pelbagai persoalan warganet yang tertanya-tanya mengapa 10 peguam yang mewakili Siti Bainun menarik diri sehingga menjejaskan urusan mahkamah. Difahamkan, mahkamah telah menetapkan 26 dan 27 Januari ini bagi sambung perbicaraan bela diri manakala prosiding yang dijadualkan berlangsung hingga Jumaat ini dilapangkan. Kredit, Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.