Usia perkahwinan hampir mencecah 10 tahun, pelakon dan usahawan Wawa Zainal mengakui ramai wanita di laman sosial mencuba untuk mengganggu rumah tangganya dengan Aeril Zafrel. Malah menurut Wawa, suaminya yang juga seorang aktor itu pernah menerima kiriman gambar seksi daripada seorang wanita di laman sosial. “Ada… mesti la ada (wanita menganggu rumah tangga), ada la yang DM dia. Ada perempuan hantar gambar menjolok mata kepada Aeril tapi suami saya cepat-cepat padam,” dedah Wawa.
Wawa yang ditemani Aeril ditemui ketika Anugerah Nona Superwomen 2022 di M Resort & Hotel, Bukit Kiara, Petaling Jaya pada Rabu. Sementara itu, Aeril beranggapan individu yang mengirim gambar tersebut sengaja menggunakan taktik itu untuk menipunya. “Tapi saya rasa orang yang hantar macam itu adalah scammer. Mungkin bila hantar benda itu, kemudian dia nak kita bagi benda yang sama. “Lepas itu, dia viralkan gambar kita… dia nak scam la dengan minta duit kita. Kalau tak bagi, sebarkan benda itu… amat bahaya. “Saya rasa ramai orang yang l*ak video itu disebabkan scmmer macam itu la,” ujarnya. Untuk rekod, pasangan Wawa dan Aeril mendirikan rumah tangga pada 2013 dan dikurniakan empat cahaya mata.
Kredit, gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
Ditegur peminat, rupanya ini perkongsian yang Wawa Zainal muat naik sampai ramai tampil beri teguran. “Mula-mula dulu elok sahaja pakai tudung labuh tutup semua, suka tengok.” Demikian komen warganet selepas melihat imej dan gaya tudung dipakai pelakon Wawa Zainal yang dikatakan perlahan-lahan mula berubah. Semuanya gara-gara gaya tudung dipakai isteri pelakon Aeril Zafrel itu menampakkan bahagian leher dan hujung telinganya dalam satu perkongsian Instagram.
“Ala, kenapa pakai tudung macam itu Wawa? Nampak telinga, rambut dan leher. Sedih,” luah seorang warganet. Tidak kurang juga ada yang menegur pelakon filem Tujuh Petala Langit itu kerana menampakkan auratnya kepada umum. Puan Wawa, janganlah bagi tunjuk leher sama telingamu. Tahu itu aurat. Sayang bha sama kau,” tegur warganet lain. Menerusi perkongsian dalam Instagram, Wawa memuat naik beberapa keping gambar dan video menyanyi lagu Kill This Love nyanyian kumpulan Blackpink bersama anak keduanya, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 5.
Dalam video tersebut, Wawa atau nama lengkapnya Nur Hawa Zainal Abidin, 31, memakai sehelai selendang yang diikat ke belakang dengan fesyen baju berwarna-warni ketika menjalani sesi fotografi untuk produk keluarannya, Wawa Cosmetics. Bagaimanapun, Wawa tidak memberi respons terhadap semua komen warganet yang menegur tentang auratnya. Dalam pada itu, perkongsian pelakon asal Lahad Datu, Sabah itu juga menarik perhatian peminat lain yang memuji kecantikan dia dan Hayla. “Fotogenik betul. Comel!” komen seorang peminat.
Sebelum ini, Wawa dan suaminya kerap kali menjadi perhatian warganet gara-gara gaya hidup mewah mereka seperti hadiah kereta mewah dan bercuti ke luar negara. Sekitar Jun lalu, pasangan itu pernah menjadi bualan kerana berkongsi resit bayaran ketika menikmati hidangan stik mewah di sebuah restoran milik tukang masak popular, Salt Bae di London, England yang berharga £1,791.70 (RM10,065.54). Sumber, K!Online