Tindakan pelakon, Zarina Anjoulie memadam gambar-gambar bersama tunangnya, Datuk Seri Khazrul Elzey menimbulkan tanda tanya buat warganet. Persoalan itu sekali gus menimbulkan spekulasi lebih-lebih lagi, selepas Zarina memuat naik gambarnya di Instagramnya, dengan keterangan ringkas. Pelakon sensasi, Zarina Anjoulie didakwa sudah putus tunang dengan ahli perniagaan, Datuk Khazrul Elzey setelah dua minggu mengikat tali pertunangan. Menerusi perkongsiannya di Instagram, Zarina atau lebih mesra disapa Anju seakan-akan memberi bayangan bahawa dirinya sedang patah hati. Di dalam video tersebut juga, Anju tampil berpakaian tak senonoh dan kelihatan sedih ketika menghadiri majlis hari jadi temannya.
“Broken’ (hancur) tapi masih bertahan,” tulisnya. Hantaran itu bagaimanapun diatur supaya tidak boleh di komen oleh warganet mahupun pengikutnya di platform media sosial itu. Tinjauan Harian Metro ke akaun TikTok Khazrul juga mendapati, tidak ada lagi video-video memaparkan Zarina dalam kandungannya. Sumber Xtra. Seorang individu memberitahu Anju ada membuat pendedahan semasa siaran langsung di TikTok bahawa hubungannya dan Elzey sudah putus. Dah putus ke?,” tanya warganet. “Ye pagi tadi live TikTok Anju bagitahu takde jodoh dah,” jawab individu tersebut. Malah, gambar mereka bersama juga sudah dipadam.
Kredit Harian Metro PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
Buat majlis simple je, ramai yang suka bila tengok Anju pakai tudung masa bertunang. Baru-baru ini pelakon, Zarina Anjoulie selamat mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya iaitu Datuk Seri Khazrul Elzey. Malah momen gembira itu juga dikongsi oleh kedua-dua pasangan ini menerusi platform media sosial masing-masing. Selain majlis sarung cincin, apa yang menarik perhatian warganet adalah cara majlis pertunangan pasangan ini berlangsung. Rata-ratanya mengagumi Zarina atau lebih mesra dengan panggilan Anju ini kerana tidak melakukan majlis besar sebaliknya memilih untuk bersederhana walaupun berkemampuan.
Antara komen diterima. “Simple je tapi still nice… Tahniah Anju dan pasangan, semoga dipermudahkan segala urusan,”“Walaupun kaya tapi tak berlagak pun, sederhana je majlis tunang dia, suka tengok” “Tahniah Anju dan pasangan. Alhamdulillah suka tengok kesederhanaan majlis yang Anju pilih,” Dalam pada itu, Warganet juga turut memuji Anju yang kelihatan begitu manis sekali mengenakan hijab. “Alhamdulillah… Tahniah Anju, manis bertudung, moga mendapat kebahagiaan dunia akhirat,” “Anju ni muka Arab, kalau bertudung memang cantik MashaAllah,”
“Suka tengok Anju pakai hijab. Semoga dipermudah semua urusan dan perkahwinan kekal abadi. Aamin,” “Tahniah Anju, suka tengok dia bertudung. Wanita bila dapat lelaki yang tepat, pasti berubah ke arah yang lebih baik,” Terdahulu, Anju sebelum ini mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga pada Mac depan. Kredit, Gempak.