Anak perempuan kepada pasangan pelakon Fattah Amin dan Fazura iaitu Nur Fatima Aisya, mencuit hati warganet selepas menangis melihat babak watak bapanya di skrin televisyen. Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Nur Fatima Aisya atau Fatima dilihatkan menahan perasaan sedih sehingga menangis selepas melihat babak Fattah dipukul yang difahamkan dari filem KL Special Force. “Daddy… (sambil tunjuk skrin TV dengan nada sedih). Kenapa? Ala sedihnya dia… Berlakon je lah. Itu dalam TV.” Klik sini untuk lihat video.
Disebabkan telatah anaknya itu, warganet di bahagian komen rata-rata mengatakan mereka ‘cair’ melihat reaksi Fatima apabila melihat bapanya ‘dipkl’. “Tengok daddy berlakon kena pkl ye? Sedih sangat sampai meleleh air mata ni.” Tidak kurang juga yang mengatakan Fatima menangis disebabkan rasa sayang kepada bapanya sekali gus menampakkan sisi manja sebagai seorang anak. “Sayang sangat dengan daddy dia tu. Jangan tunjuk lagi babak-babak macam tu, nanti makin sedih pulak Nyamma (Fatima).” Bukan itu sahaja, ada juga yang berseloroh dengan mengatakan Fattah pula yang akan menangis apabila anak perempuannya akan berkahwin apabila dewasa nanti. Amboi, bukan main lagi komen korang ni ya!
Sumber: Instagram