Faizal Tahir merupakan penyanyi, Pengubah lagu serta aktivis kemanusiaan. Beliau giat mengambil bahagian sebagai aktivis kemanusiaan atau kerja amal di dalam serta luar negara. Menurutnya, apa yang penting ialah kita sentiasa melakukan kebaikan setiap kali ada peluang lagi-lagi jika berada di depan mata. Tidak kira jika kerja amal itu dilakukan secara maya atau tidak, sekiranya mempunyai peluang pasti dibantunya. Salah satu kerja amal yang dilakukannya ialah membantu mengumpul dana bagi menyiapkan masjid di Seville, Sepanyol. beliau membantu kerana terkilan, bandar yang dianggarkan mempunyai lebih dari 25,000 penduduk beragama islam itu tidak mempunyai masjid atau pusat perkembangan islam. Selain Itu, beliau juga pernah mengislamkan seorang warga New Zealand atas kerelaannya dua tahun lepas.
Dari zaman dahulu hingga kini, isu disuruh tanggalkan hijab jika mahu bekerja masih ada. Terutamanya jika seorang Public Figure yang baru berhijrah untuk menutup aurat dengan sempurna. Pasti ada saja individu yang tidak bertanggungjawab serta tidak menghormati penghijraan seseorang itu menyuruh untuk membuka hijab. Baru-baru ini, influencer terkenal Duriankimchi atau lebih dikenali sebagai Maryam mendapat permintaan dari jenama tertentu menyuruhnya untuk tanggalkan hijab yang dipakainya itu, tulis di instagramnya . Menurut Maryam jenama tersebut merupakan highly known brand, jenama yang terkenal itu tidak disebut oleh Maryam namun beliau merasa terkilan akan sikap sambil lewa jenama tersebut. Namun sementara itu, aktivis Faizal Tahir menitipkan doa buat maryam di ruangan komen tersebut
Kredit Murai. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.