TIADA angin tiada ribut, tiba-tiba muncul seorang wanita tidak dikenali mendakwa dia merupakan isteri kedua kepada penyanyi dan komposer, Harry Khalifah. Cerita Harry atau lebih mesra dengan panggilan Apak, 43, wanita berkenaan membuat pengakuan itu pada isterinya iaitu Noormala. “Wanita berkenaan tinggalkan komen di Facebook isteri saya. Wanita itu kata saya ada hubungan dengannya. Dia juga mengaku sebagai madu isteri saya. Siap cakap dah dua tahun bermadu dan minta isteri jangan srng dia.
Wanita tidak dikenali mengaku sebagai madu kepada isteri Apak. “Dia kongsi perbualan saya dengan wanita itu menggunakan gambar saya siap ada bahasa tak elok lagi. Saya pelik macam mana dia tahu gambar WhatsApp saya sedangkan hanya orang terdekat sahaja yang tahu. Tapi saya menang apabila anak-anak kata itu bukan penulisan saya. “Gaya penulisan dia lain, bahasa yang digunakan pun lain sangat. Tapi saya percaya ini kerja orang dekat,” katanya. Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Apak memberitahu isteri yang kini sedang hamil sembilan bulan diganggu sejak Jumaat lalu dengan menerima panggilan serta mesej dari wanita tersebut.
“Nasib baik isteri saya tak angkat panggilan telefon itu, tapi bila periksa balik kami memang saling tak kenal kerana dia bukan rakan Facebook saya. “Dia juga hanya cari isteri saya sahaja, saya tak tahu apa dia nak. Mungkin nak duit. Tapi kalau orang rumah saya tak berbincang dengan saya dulu memang habis saya,” luahnya. Tambah Apak, isterinya kini sudah kembali bertenang selepas mendapat penjelasan daripada dirinya sekali gus menganggap perkara yang terjadi ini sebagai satu ujian. “Isteri saya sekarang sedang mengandung, sedih dia bila terima mesej macam ini. Tapi sekarang isteri saya pun dah kembali bertenang macam biasa selepas dengar penjelasan saya. Cuma dia terkilan apabila lihat mesej tersebut ada gambar saya.
“Apa pun saya anggap perkara yang jadi ini sebagai satu ujian. Orang kata semakin kita dikenali makin ramai yang cuba nak jatuhkan kita,” jelasnya. Untuk rekod, dua anak Apak iaitu Mizan dan Chombi merupakan penyanyi yang sedang meningkat naik. Sumber, Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
Lagu terbaru anak makin popular, sekali Harry Khalifah luahkan sesuatu kalau ada yang mendekat dengan anak dia. Sesiapa yang aktif menggunakan aplikasi TikTok pasti sering mendengar lagu ‘Sayunk I Love’ nyanyian Chombi atau nama sebenarnya Siti Mariam. Lagu terbabit telah mendapat perhatian ramai selepas kerap digunakan sebagai background music untuk konten-konten di media sosial berkenaan. Disebabkan lagu tersebut viral, Chombi yang juga anak kepada pencipta lagu terkenal, Harry Khalifah telah mendapat tumpuan ramai lebih-lebih lagi peminat lelaki yang terpesona dengan kecantikannya.
Susulan perkara itu, Harry Khalifah atau mesra disapa Apak memberitahu dia tidak kisah sekiraya ada lelaki ingin datang melamar anak kesayangannya itu. Malah, dia bersifat terbuka menerima kedatangan individu berkenaan. Bagaimanapun, Apak tetap akan melindungi dan mengawasi anaknya memandangkan dia masih berusia 15 tahun. “Sebagai bapa, saya akan lindungi dia sebab masih lagi di bawah umur, masih 15 tahun. Kalau orang nak berkawan pun tiada masalah. Bab melamar, kalau nak ikut dari segi pemilihan tu saya tak kisah, saya seorang yang terbuka,”ujarnya.
Akan tetapi, individu berkenaan mestilah boleh menjaga dan memimpin anaknya. “Kalau dia datang dan boleh jaga anak saya, boleh pimpin dia, dah cukup. Tapi, jangan dipkl anak saya sebab saya tak pernah pkl dan jentik anak saya. “Sebab saya awasi Chombi 24 jam. Kalau saya tiada, ada orang lain yang akan jaga dia dan lindungi dia,”kata Apak. Apak juga memberitahu dia turut menasihati Chombi untuk memaklumkan kepadanya atau isteri sekiranya ada lelaki yang ingin mendekatinya.
“Saya pun nasihatkan dia juga, macam mana pun dia masih 15 tahun. Selagi dia belum berkahwin, dia di bawah jagaan saya sepenuhnya,”katanya. Dalam masa sama, Chombi menyatakan hal yang sama di mana dia sendiri akan memaklumkan kepada ibunya terlebih dahulu sekiranya ada lelaki ingin mendekatinya. “Saya akan bagi tahu mommy dulu sebab ayah ni garang. Saya takut,” kata Chombi walaupun rapat dengan bapanya. soal perkembangan lain, Apak memberitahu dia akan menghasilkan pelbagai genre berbeza buat anaknya selepas single Sayunk I Love You tular dan mendapat perhatian pendengar. Katanya, berkemungkinan single seterusnya adalah bergenre rock. Sumber, Xtra